Tuesday, December 28, 2010

Ikan Koi: Hobi Di Kampung Halaman

Ikan koi merupakan satu-satu haiwan peliharaan yang aku minati. Ia sangat cantik dan berwarna-warni serta sentiasa bergerak dan ceria walau apa jua keadaan sekalipun. Ikan koi tidak mempunyai tahi yang banyak, besar, bersepah dan mengotorkan. Oleh sebab itulah, mak aku telah meluluskan permohonan untuk memelihara haiwan di rumah. Kucing, arnab, itik, ayam, dan angsa memang kena tolak la. He He He. Lagipun, ayah aku pon minat pada ikan peliharaan sahaja.
Ikan koi jepun harganya sangat mahal kerana kualiti dan jangka hayatnya yang lasak. Aku hanya mampu membeli ikan koi tempatan iaitu buatan Malaysia. Ikan ini sangat murah berbanding ikan koi jepun. Ikan sepanjang 5 inci hanya dijual pada harga RM4 sahaja manakala yang paling besar aku beli sepanjang 35cm hanya RM50 seekor. Jika Ikan koi sudah tentu harganya lebih dari RM200 seekor.
Sehingga sekarang aku mempunyai lebih 40 ekor pelbagai saiz ikan koi didalam kolam hiasan. Hampir lebih RM 1000++ telah dibelanjakan. Kerugian tetap dirasakan apabila ada yang mati kerana pandai-pandai membuat aksi akrobatik melompat keluar tetapi tidak pandai masuk semula lalu mati kehausan. Walau bagaimanapun, kehadiran ikan-ikan koi tersebut sangat menceriakan suasana teratak ayah di Kluang, Johor. Mengindahkan lagi taman dan kolam sedia ada serta menghiburkan para pengunjung yang bertandang kerumah terutamanya kanak-kanak.
Ikan koi terkenal dengan sikap tak tahu malunya. Bila kita datang mesti ia akan ikut kerana mahukan makanan. Ia tidak pernah kenyang. Tapi boleh tahan lapar selama lebih seminggu. Aku pon pelik. He He He. Apabila dicampak pellet (makan ikan) mereka berebut-rebut seperti ikan piranha dan boleh dibelai dan dipegang tanpa segan silu. Penjagaannya pula sungguh mudah. Ada air bersih, pump, filter tank sudah mencukupi.


p/s: suke pada kaler ikan koi yang warna oren/merah/hitam tu... kalau la ade pakar boleh irradiate ikan tu tukar2 warna ngan teknologi nuklear mmg bley dpt harga premium lawan ikan koi jepun lah! nanti aku try find out bleh tak kesan sinaran menukar genetik ikan koi kpd corak dan warna yg lbih garang!

Monday, December 27, 2010

Fiksyen Kepada Realiti : Skrin Lutsinar

Skrin lutsinar ataupun dikenali sebagai air display yang terdapat dalam beberapa buah filem sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata yang merupakan satu sains rekaan atau dikenali sebagai sains fiksyen. Skrin pada cermin lutsinar yang boleh dialih-alih dan mempunyai keupayaan skrin sentuh bagi menggantikan tetikus dan dilihat dalam banyak filem-filem luar negara seperti Avatar, Resident Evil, Matrix dan banyak lagi.
Tetapi sebenarnya didunia ini belum ada lagi teknologi yang begitu hebat seperti ini. Namun beberapa gadget telah membuktikan bahawa ia bukanlah mustahil untuk direka. Antara contoh gadget yang mempunyai sedikit ciri-ciri seperti itu adalah iPhone yang mempunyai skrin sesentuh dan teknologi paparan berteknologi tinggi. Selain itu, televisyen LED (Light Emitting Diode) pun sudah mencapai tahap HD (High Definition) yang sekarang ini boleh didapati dalam setebal 1 inci! Antara lain sekarang panggung-panggung wayang juga telah menggunakan teknologi 3D yang berdefinasi tinggi.

Pada hari kedua konferens ICAMN II 2010 yang aku ikuti dulu, seorang penceramah jemputan daripda Korea telah membentangkan hasil kerja mengenai teknologi dan struktur nano. Banyak kaedah pencirian teknologi nano telah diperkenalkan dan dibentangkan. Beliau juga menyentuh mengenai pemukaan kaca dan menurut beliau, rancangan masa depan mereka adalah untuk merealisasikan teknologi skrin lutsinar atau pun air display ini menggunakan teknologi nano.

p/s: fuh lajunya teknologi dunia sekarang... kita?? Malaysia?? guys be ready... untuk menjadi sebuah negara maju yang setanding dgn negara maju yang lain, we have to change our attitude dan juga lebih berintegriti...

Sunday, December 26, 2010

Nanoteknologi: Dahulu dan Sekarang

Bila kita bersembang mengenai nanoteknologi banyak tajuk yang boleh kita kongsikan seperti Safi Gold Nano, Nano White, Batu Nano, Karbon Nano, Baju Sukan Nano, Nano Tinted Filem dan juga gula-gula nano-nano yang hebat sekali. Tapi, adakah kita tahu, kita faham, kita kenal apa itu nanoteknologi dan kelebihannya?

Nanoteknologi sebenarnya adalah satu bidang sains zaman moden yang di temui awal abad ke-19 tetapi di takrifkan oleh Norio Taniguchi dari Jepun pada tahun 1974. Ya. Masih baru lagi teknologi ini. Sebelum Norio temui istilah nanoteknologi, ahli sains sebelumnya menggelar teknologi ini sebagai "there's plenty of room at the bottom" yang bermaksud masih terdapat banyak ruang di bawah. Bila ia sesuatu ilmu sains yang baru maka ia mesti menjerumus kepada mekanik kuantum iaitu satu bidang dalam sains fizik moden. Sebenarnya nanoteknologi merupakan sesuatu skala pada sesuatu bahan. Ia hanya melibatkan satu ukuran skala dimana melambangkan suatu saiz yang mempunyai skala antara 1-100 nanometer (nm) atau lebih senang untuk difahami 0.000000009 meter. 

Kenapa mesti kecil sehingga saiz nano ya? Kajian dilakukan oleh para saintis dan ahli sains bahawa jika sesuatu partikel atau atom dan sewaktu dengannya didalam satu sebatian atau komposisi bahan, sifat bahan itu akan berubah. Apa yang kita mahu semestinya perubahan yang baik dan mendatangkan faedah. Maka dengan penemuan saiz nano banyak benda baru boleh dicipta dengan ciri-ciri dan sifat yang menarik serta penggunaannya yang tidak disangka!
Apakah contohnya? Jika saiz yang kecil, maka luas permukaannya besar. Itu adalah satu hipotesis yang boleh kita pakai. Maka teknologi ini boleh menyelamatkan ruang, mengurangkan penggunaan ruang kosong, mengurangkan berat, menambah ciri-ciri penting dan sebagainya. Ada juga bahan yang mustahil dibuat tetapi dengan adanya teknologi ini ia tidak lagi mustahil contohnya, membuat bahan bakar yang tahan lama, membuat ubat-ubatan moden daripada unsur2 yang bahaya tetapi boleh dimakan manusia, unsur logam yang bertoksik tetapi boleh digunakan sebagai pencuci muka, syampu, sabun, mencipta sebuah komputer riba sehingga telefon bimbit sebesar ibu jari, dan banyak lagi.
Jadi jika anda bercakap tentang nanoteknologi dengan atuk atau nenek anda, memang sah mereka tidak akan faham. Jadi ini tugas anda untuk sampaikan kepada mereka mengenai perubahan tamadun dan teknologi tersebut. Tetapi ingat sehebat mana teknologi itu, sesampainya hari kiamat, takkan ada satu pun teknologi boleh digunakan. Tiada lagi sebutan teknologi pada waktu itu maka kembalilah manusia untuk menunggang kuda, memanah dan berenang!
Ni nanopartikel yang aku buat. gold silica core shell structure. Bersepah saiz2 dier.
p/s: huh! komplikated ke? hehehe bosan weh... aku ade wat nanoteknologi tak?? mesti la ade... tgk gamba kat bawah ni... ni semua saiz nano tapi tak berapa nano la... masih mikro saiz lagi.... hehe... saye budak baru blaja...

Thursday, November 11, 2010

Blackbird Kepantasan Paling Mahal

Lockheed SR-71 Blackbird adalah sebuah jet pejuang kepunyaan USA dan antara yang paling mahal dalam sejarah pembuatannya. Sebuah pesawat Blackbird boleh mencecah kelajuan Mach 3+ atau 2,500km/j. Ya! Sangat laju dan boleh terbang sehingga 250,000 kaki. Apabila ia ditembak dengan misil atau torpedo, Blackbird hanya perlu tambah kelajuan bagi mengelak serangan tersebut.
Pesawat Blackbird yang disaluti Platinum
Laju memang bagus dan sangat mengujakan tetapi apabila terlalu laju geseran antara permukaan pesawat dan udara akan menghasilkan haba. Ini terjadi apabila terdapat daya melawan gerakan pada dua permukaan yang bersentuhan iaitu permukaan pesawat dan udara aerodinamik. Daya tersebut akan mengubah tenaga kinetik kepada haba yang sangat tinggi pada badan dan sayap pesawat. 
Sut Khas untuk juruterbang pesawat Blackbird yang dah macam angkasawa.
Masalah tersebut diselesaikan dengan membina Blackbird itu dengan menggunakan logam Platinum yang berharga 15 kali lebih mahal daripada Aluminium. Untuk sebuah pesawat, lebih daripada 10 tan diperlukan bagi menyelaputi keseluruhan rangka pesawat tersebut. Bukan itu sahaja, malah sistem ekzosnya pula diperbuat daripada Titanium. Dapatkah anda bayangkan betapa mahalnya sebuah pesawat ini?

p/s: teringin rasenye nak naik pesawat yg laju ni... dalam hidup aku ni paling laju pon 180km/j je... xbeshnye... saye suke laju2... wish to get a powerful Yamaha R1 by 2020...

Wednesday, November 10, 2010

Rhodium Logam Paling Mahal Di Dunia

Rhodium, adalah sejenis unsur kimia logam yang bersimbol Rh dan bernombor atom 45. Ia boleh didapati daripada logam kedua termahal di dunia iaitu Platinum. Ia mempunyai ciri yang paling sukar ditemui, keras, secara kimianya logam peralihan lengai, dan berwarna putih keperakan.
Inilah rupa Rhodium tersebut.
Ia di temui oleh William Hyde Wollaston pada tahun 1803. Rhodium biasanya digunakan sebagai pemangkin tiga cara penukar catalytic.Selain daripada menjadi pemangkin, aplikasi lain Rhodium adalah untuk kegunaan ornamental dan penyentuh elektrik kerana mempunyai sifat rintangan elektrik yang rendah dan kerintangan hakisan yang tinggi. Rhodium juga boleh digunakan sebagai pengesan (detector) nuklear dengan mengesan pancaran neutron. Dalam pada itu, Rhodium detector boleh digunakan didalam reaktor nuklear untuk mengukur tahap fluks neutron.

Harga premium bagi 1 kilogram Rhodium tulen adalah US$80,000/kg yang bersamaan RM240,000/kg pada tahun 2010 yang dinobatkan logam termahal didunia. Lagi mahal daripada emas yang kini baru mencecah US$32,800/kg.
Rhodium with Black Diamond. Untung dpt suami amik course Material Science ni... :p

p/s: actually i wonder if Malaysia ada tak unsur ni.. manalah tahu hari2 kita lalu atas dia.. and then aku terpikir could i take this as my PhD projects? Wow! boley menyelam... aku akan trus pk pasal unsur ni.. one day aku MESTI come out dgn satu projek r&d... adoi tmbh lg satu cita2...T_T credit to 'how do they do it' at Discovery Channel.

Tuesday, November 09, 2010

Penyurih Radioaktif GoldNanoTracer

Haa sudah sampai masanya untuk kongsikan apa yang aku buat. Projek yang aku sedang usahakan ini bertajuk 'Development of Radioactive Gold Nanoparticles Tracer for Investigating Multiphase System in Process Industries' yang di ilhamkan oleh pengurus PAT, Dr. Jaafar Adbullah. Faham? Kalau nak di ikutkan pada tajuk sahaja dah menjelaskan keseluruhan keterangan projek yang aku buat tu. Masih tak faham? Tak apa aku terangkan.

Kami memilih gold atau emas atau Aurumn (Au) untuk dijadikan radioaktif Au-198 yang berupaya mengeluarkan sinar gamma pada tenaga pengionan 412keV dan jangka separuh hayat yang pendek iaitu 2.7 hari sahaja. Penyurih pula merupakan bahan yang dikesan untuk mengetahui sesuatu pergerakan didalam sistem. Susah nak faham? Ok. Katakan kita nak tahu kelajuan air sungai, tak ada cara nak ukur kelajuan air sungai. Kita tuang atau masukkan nila sebagai penanda agar dia menjadi sebatian yang baik dengan air sungai kemudian kita ambil selang masa antara lokasi awal dan lokasi akhir nila itu dikesan. Maka kita akan dapat maklumat halaju iaitu jarak bahagi masa. Nila itulah merupakan penyurih dalam hal ini.

Antara kajian radiotracer yang dijalan di FPG Oleochemicals, Kuantan.
Tetapi kami tidak buat di sungai kerana kita menggunakan penyurih ini kepada industri pemprosesan seperti petrochemical, industri kimia, gas, minyak, industri loji tenaga nuklear dan lain-lain lagi. Di dalam industri, terdapat tiga jenis fasa iaitu pepejal, cecair dan gas. Pada masa yang sama industri-industri ini berhadapan dengan tekanan dan suhu yang tinggi. Jika itu berlaku, penyurih yang sedia ada (majoriti daripada bentuk cecair) akan mudah menjadi wap(gas) kerana melebihi takat didihnya. Ini bahaya apabila bahan radioaktif menjadi gas, ia akan senang tersebar keudara dan masuk kedalam sistem badan manusia. 

Sebab itulah inovasi dibuat untuk menggunakan Gold sebagai punca radioaktif kerana ia berbentuk pepejal yang mempunyai takat didih yang tinggi berbanding cecair. Kenapa nanopartikel gold? Nanopartikel adalah skala bagi satu partikel emas yang bersamaan 0.000000001m. Seperti yang saya katakan, ada 3 jenis fasa, jadi apabila saiz partikel gold lebih kecil, maka senanglah untuk ia bersebati dengan bahan proses didalam industri tersebut. Kita mahu penyurih bercampur dengan sebati didalam sistem agar bacaan yang kita peroleh mudah dipercayai. Manakala jika di dalam saiz nanometer, jumlah emas yang kita perlukan hanyalah sedikit berbanding biasa.

Penyurih radioaktif ini dikesan menggunakan pengesan atau detector di dalam industri. Hanya dengan meletakkan detector, kita dapat bilangan bacaan sinaran yang dipancarkan lalu direkodkan. Kelebihan menggunakan penyurih radioaktif ialah dapat mengelakkan operasi loji dihentikan semasa ia sedang beroperasi kerana penggunaan penyurih tidak akan mengganggu proses di industri yang boleh mengakibatkan kerugian kepada loji tersebut walau hanya berhenti selama 1 jam. Sinar gamma yang kuat juga boleh menembusi paip yang tebal di industri dan memudahkan pengesanan. 

Monday, October 11, 2010

Asal Nuklear Je Bom, Asal Nuklear Je Bom!


Ada satu soalan kuiz untuk korang. Ini berkaitan dengan gempa bumi, jadi mungkin untuk readers di Malaysia tak terkesan dengan maklumat ini. Cumanya soalannya menarik, jadi try la jawab.
Soklan: Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di bandar Jepun (dia tersesat sampai ke Jepun). Tetiba gempa bumi besar terjadi, dan Sang Kancil terpaksa menyelamatkan diri sebelum ditimpa batu bata atau serpihan kaca dari bangunan. Di depan Sang Kancil hanya ada 3 bangunan terdekat:
1) Convenience store 77 (rival 7 eleven).
2) Stesen polis.
3) Stesen minyak.
Dalam ketiga-tiga bangunan ini ke manakah patut Sang Kancil lari menyelamatkan diri?
Walaupun story cam bentuk teka teki lawak basi, tetapi info ini berguna sekiranya berlaku gempa bumi, jadi cuba korang jawab!
Jawapannya adalah no.3. Ha, biar betul!?
Ya betul, sumpah tak tipu. Persoalannya, kenapa?
Kepada kebanyakan korang yang jawab no.1 atau no.2, cuba bayangkan balik carakorang fikir.
“Ish, tak-kan-lah stesen minyak, nanti tak pasal-pasal meletup!”
Cara korang fikir tak salah. Rasanya SEMUA fikir camtu. Tapi, bila aku cakap semua, aku maksudkan termasuk orang yang reka stesen minyak tersebut!
Bila bercakap soal stesen minyak meletup, kita bercakap soal keselamatan. Dan pereka stesen minyak lebih-lebih lagi faham yang diorang kena reka struktur bangunan yang boleh menampung minyak, tetapi bila gempa bumi berlaku, boleh bertahan tak meletup!
Maka terciptalah stesen-stesen minyak versi Jepun yang tahan lasak dan tahan gempa bumi. Bentuk stesen minyaknya takde la pelik, cam bentuk UFO ke hape, sama je bentuk dengan yang Malaysia punya, cuma strukturnya lebih tahan lasak, supaya tak mudah meletup. Dan memang kerajaan Jepun sendiri pun memastikan pengawasan yang ketat bab pembinaan bangunan seperti stesen minyak ini.
Nak cerita punyalah tahan lasaknya stesen minyak Jepun nih, pernah satu ketika, apabila berlaku gempa bumi besar di Tokyo yang meragut beribu nyawa, ada satu stesen minyak di situ yang HANGUS terbakar, tapi tak juga meletup!
Okeh, kenapa aku bawak cerita gempa bumi ini ialah sebab, ia juga berkaitan dengan tajuk loji nuklear kita. Tentang keselamatan di loji nuklear. Sebab ini bidang aku, jadi aku rasa aku perlu story sikit la kat korang tentang loji nuklear.


Contoh loji nuklear
Mungkin semua sedia maklum, bila berbicara tentang loji nuklear dan kemungkinan Malaysia dengan usaha dari Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), korang mesti terfikir “Ish, selamat ke?”
Dulu aku suka juga fikir camtu, tapi bila mendalami bab ini, baru aku sedar, bukan kata tak berapa releven soalan tu, malah sebenarnya jika ditanya kepada orang MINT soklan tu, aku rasa ‘kurang sopan’.
Untuk kami di sini yang mengambil jurusan ini, bila ingin berbicara tentang keselamatan loji nuklear, bukan habis sekadar satu lecture, malah perlukan satu semester nak bincang tentang keselamatan loji nuklear! Dan bukan satu saja kelas, malah ada juga kelas ‘advance’ dalam mempelajari sistem keselamatan loji nuklear!
Safety management, maintainance policy, strict safety requirements dan lain-lain.
Untuk ambil contoh negara Jepun, bab ini memang teramat strict. Kadang-kadang untuk mendapat satu kelulusan berkenaan loji nuklear memerlukan masa berbulan untuk kerajaan sini berikan, bukannya boleh semberono saja orang di loji nuklear buat suka hati.
Bukan itu saja, akan ada masa tertentu di mana semua kerja-kerja loji akan dihentikan semata-mata untuk memeriksa kebocoran, keadaan struktur bangunan dan lain-lain. Dan memandangkan Jepun negara gempa bumi, maka lebih ketat dan keraplah pemeriksaan dibuat, ditambah dengan sistem yang memberhentikan kerja-kerja loji secara automik ketika gempa bumi berlaku.
Bab keselamatan loji nuklear, terutamanya di Jepun ini tak boleh disangkal lagi. Malah seorang pensyarah di sini dengan konfidennya menyebutkan,

“Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”

Jadi atas sebab-sebab di atas, mungkin korang boleh faham kenapa bertanyakan samaada loji nuklear selamat ke tak itu suatu soalan yang ‘kurang sopan’. Silap-silap pekerja MINT tu boleh menangis di tanya soalan tu. Macam gi rumah member Islam time raya, pastu tanya “Makanan yang ko buat ni halal ke?”. Toksah tanya, memangitu jadi priority dah!(Entah kena entah idak analogi aku nih)
“Abis tu, kemalangan cam kat Chernobyl dan Three Mile Island tu apa cer? “
Kemalangan nuklear terbesar di Chernobyl
Kemalangan nuklear terbesar di Chernobyl
You have a point there. Memang benar, itu kemalangan loji nuklear yang meragut banyak nyawa, dan terkesan sampai sekarang. Tapi jom kita kaji.
Eksiden loji nuklear yang boleh dikatakan besar ialah dua di atas tu je. Ada beberapa eksiden loji nuklear yang lain, cam kebocoran dan lain-lain, tetapi tidaklah seteruk mana. Dibanding dengan loji nuklear yang beratus-ratus jumlahnya (tengok list disini. Malaysia ada tu!), kalo hanya ada dua kemalangan besar kira boleh kita kata rekod kemalangan yang amat sikit.
Yang kemalangan itu pun, tak berlaku semudah yang disangka.
Kita ambil contoh kes kemalangan Three Mile Island. Kemalangan yang berlaku sebenarnya bukanlah sekadar kesilapan teknikal ‘bodoh’, tetapi adalah rentetan pelbagai kerosakan yang secara kebetulan pula berlaku secara serentak! Sori ar, kenyataan dia panjang, malas lak aku nak translate. Boleh faham kot kalo taktranslate pun:
There was a relatively routine blockage in what is called the plant’s “polisher” – a kind of giant water filter. The blockage caused moisture to leak into the plant’s air system, inadvertently tripping two valves and shutting down the flow of cold water into the plant’s steam generator. Like all nuclear reactors, Three Mile Island had a backup cooling system for precisely this situation. But on that particular day, for reasons that no one really understands, the valves for the backup system weren’t open. Someone had closed them, and an indicator in the control room showing they were closed was blocked by a repair tag hanging from a switch above it. That left the reactor dependent on another backup system, a special sort of relief valve. But, as luck would have it, the relief valve wasn’t working properly that day either. It stuck open when it was supposed to close, and, to make matters even worse, a gauge in the control room that should have told the operators that the relief valve wasn’t working was itself not working!
Apa yang terjadi hari itu bukan sebab satu kerosakan, tetapi malfunction yang tiada kaitan antara satu sama lain kebetulan berlaku secara serentak! Kalaulah kerosakan-kerosakan tu jadi berasingan, benda tuje. macam kena gigit nyamuk
Cumanya sebaik-baik penjagaan pun, eksiden yang luar biasa camni boleh juga berlaku. Tapi dari situ kita belajar. Kapal terbang pun sama. Takkan dalam beribu-ribu penerbangan setiap tahun, bila ada secubit yang berlaku kemalangan, kita teruschop naik kapal terbang ‘merbahaya’!
“Abis tu, elektrik yang disalurkan ke rumah-rumah nanti, tak merbahaya ke? Bukan elektrik itu pun radioaktif jugak ke?”
Soalan ini aku dapat tahu dari rakan seperjuangan Malaysia yang berada di lab yang sama. Ada pekerja TNB yang bertanyakan soalan ini. (Dia risau tak pasal-pasal dia pulak termandul kot) Terima kasih kerana tak segan bertanya. Aku cuba jawab untukkorang juga faham, sebab dulu pun aku ada juga terfikir masalah ini.
Untuk tak pening-pening, loji nuklear ada dua jenis, satu namanya Pressurized Water Reactor (PWR, atau reaktor air bertekanan) dan Boiling Water Reactor (BWR, atau reaktor air didihan). Dua-dua reaktor/loji nuklear ini ditunjukkan di bawah:
Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR)
Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR) (dari wikipedia)
Untuk kedua-dua loji, bahagian bahan radioaktifnya ialah kat control rods. Tapi yang kita nak dari rods ni bukannya gelombang radiasi dia, tapi haba yang terhasil dari bahan radioaktif tu! Jadi bila salurkan air di dalam bahagian oren tu, air akan jadi panas. Tapi sebab tekanan tinggi dalam bahagian oren, jadi suhu air boleh lebih dari 100 celsius dalam keadaan tak mendidih. Dengan air di bahagian oren yang panas tu, dapatlah panaskan aliran air kat bahagian biru tu. Sebab bahagian biru tu tekanan biasa saja, jadi senang menjadi wap. Bila jadi wap, wap tu disalurkan ke turbin yang akan berputar dan hasilkan elektrik.
Jadi, radiasi yang keluar dari rods tu kalo ada pun hanya ‘terperangkap’ dalam bahagian oren tu je. Elektrik yang dihasilkan di loji nuklear tak guna radiasi untuk hasilkan elektrik, tapi guna wap air, hasil dari haba yang terkeluar dari rods tu!
Boleh follow apa aku cakap ni tak? (Tak faham jangan segan bertanya ye)
Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR)
Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR) (dari wikipedia)
Loji BWR lagi senang proses dia. Rods yang keluarkan banyak haba akan memanaskan aliran air sampai menjadi wap (kali ini tekanan biasa, so senang jadi wap). Wap tu disalurkan ke turbin, dan akhirnya menghasilkan elektrik melaluigenerator. Untuk kes ini, ada kemungkinan sikit radiasi sampai ke bahagian turbin, tapi tu pun sikit sangat untuk memberi apa-apa kesan kepada turbin. Dalam kes ini pun, elektrik terhasil bukan sebab radiasi tapi pergerakan turbin!
Kesimpulannya, untuk dua-dua kes, elektrik yang terhasil tiada kesan radiasi!
Senang cerita, kita takut sangat dengan loji nuklear bukan sebab apa, tapi sebab kita tak ambil inisiatif untuk kenali cara ianya berfungsi. Tak kenal maka tak cinta!
Oh ya, lagi satu point. Aku pernah saksi sendiri air yang digunakan di loji nuklear. Sebab yang diorang guna adalah air suling, airnya jernih lagi biru! Kalah air paip rumah aku!
*     *     *
Thanks For Sharing (y4ku24 et al. 2009)
p/s: heyy manusia kenapa ko tak paham2... asal nuklear je bom asal nuklear je bom... hehe.. nuklear bukan bom... hey radioactive pon orang boley teguk dan minum la... I-131 yang diguna kat hospital tu... X-ray yang ko buat tu pon nuklear jugak... Tak penahkan korang diX-ray sampai berbunyi BOOOMMMM!!!! belum ade kes ok... So, banyak info kat inter net ni kita boleh surf okeh untuk maklumat tentang nuklear... pls be RAJIN sket!
I LOVE NUCLEAR!!!

Thursday, September 23, 2010

Medical Check-up Pekerja Sinaran


Hari ini, 23 Sept 2010, aku diarahkan supaya membuat pemeriksaan perubatan saringan pertama untuk memenuhi syarat bagi mendaftar sebagai pekerja sinaran yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom atau nama lainnya Atomic Energy Licensing Board (AELB) seperti yang termaktub didalam perlembagaan Basic Safety Standard (Radiation Protection) 1988 Akta 304. Penting kena tahu. Sebab baru ambil exam Radiation Protection Officer (RPO) lah katekan!

Jadi, apakah itu pekerja sinaran? Sesungguhnya ia bukan hasil daripada program Sinaran Passport Kegemilangan ye. Pekerja sinaran adalah pekerja yang bekerja dengan sinaran mengion seperti sinar X, sinar gamma, alpha, beta dan neutron. Sinaran mengion tidak dapat dilihat, dirasa, dibau, dan diraba. Tetapi ia mempunyai potensi untuk memberikan kesan buruk keatas tubuh badan manusia samada secara serta merta ataupun kesan jangka masa lama termasuklah kerosakan genetik. Sebab itu lah pemeriksaan perubatan dilakukan untuk memastikan perkerja tersebut benar benar sihat (fit!) untuk melaksanakan kerja yang melibatkan sinaran mengion tersebut. Dedahan sinaran bagi pekerja tersebut pula hanya 50mSv per tahun sahaja dibenarkan dan jika lebih dia akan di rehatkan seketika daripada bekerja dengan sinaran.
Semasa buat pemeriksaan tadi nurse cik Aliah tu timbang aku, periksa tekanan darah, periksa paru-paru, periksa mata, dan buat koleksi air kencing. Tu je! Ingat banyak lagi dia nak periksa rupanya sikit je. Papepun dah siap aku pon relax dan tunggu saringan kedua pulak dalam sebulan dua lagi.

p/s: banyak woh dier sedut darah aku... tapi dier ckp kandungan air kencing ada darah...what??! potential batu ehem ehem... takut seh... so, minum air kosong banyak2.. janganla... xmo.. aku fit ape! :p

Monday, July 12, 2010

Bahan Kimia Untuk NanoTracer

Pada 5 Julai yang lalu, beberapa bahan kimia yang dibeli melalui supplier yang slow dan tak gheti nak bagi full commitment telah pon sampai. Aku cukup geram sebab order dari bulan April. Julai baru dapat?? Ini ke contoh supplier yang bagus? Cemane la aku nak bagi job lain kat dier. So lupekan je la yer si banyak pemberi alasan! Bahan-bahan kimia ni aku beli untuk projek Radioaktif Unik yang akan aku post tak lama lagi. Sekarang ni masih rahsia dan sulit. Ha Ha Ha. Agak seram bunyinya, tapi memang dah kerja aku menghasilkan teknologi radioaktif ni. 
Sigma-Aldrich adalah jenama pilihan yang aku minta dari supplier. Agak branded kan. He He He. Bukan sebab nak menghabiskan peruntukkan tapi kita nak bahan yang betul-betul asli dan berkualiti. Maka, inilah jawapannya! Antara bahan kimia yang telah sampai ialah:
      • 2-Propanol, ACS Reagent, >99.5%
      • Polyvinylpyrrolidone
      • Polyethyleneoxide
      • Hexadecyltrimethylammoniumbromide
      • Tetraethyl Orthosilicate, ReagentPlus, >99%
      • Absolute Ethanol
      • Gold Colloid, 5nm Colloidal Gold
      • Gold Chloride HAuCl4.xH2O
p/s: Lepas ni banyak pulak kerja nak kena buat sebab bahan kimia dah sampai. Kena buat MSDS atau Material Safety Data Sheet! Buat jangan tak buat.

Wednesday, June 23, 2010

Jogging di Taman Rimba Alam

Semalam aku jogging sorang2 di Taman Rimba Alam yang terletak hanya 100meter dari rumah aku yang tidak ku ketahui selama ini di Presint 15 Putrajaya. Ke Ke Ke. Ayat skema. Sebenarnya aku baru balik main badminton di Blok 60, MINT, dalam pukul 6 ptg dan masa dalam perjalanan nampak lah 2 orang cik adik cam dara tapi tak tahulah hakikatnya masuk kedalam taman tersebut melalui lorong kuda sebelah selatan. Aku pon apa lagi, parking kereta depan rumah terus jogging dari arah utara dengan harapan dapat lah bertembung. Al maklum lah bujang trang tang tang. Ke Ke Ke

Jogging punya jogging punya jogging aku pon sesat. Cik adik tak nampak, berpeluh-peluh lari2 anak. Dah dalam hutan ni. Rasa macam sesat tetapi aku masih di Putrajaya. So ikut je la jalan kuda tu. Memang cantik la Taman Rimba Alam ni. Suasana dia macam aku berada betul2 dalam hutan belantara. Pokok2 dinamakan, jalan di tar, rumput dijaga rapi, permandangan 'full-view' Putrajaya, udara segar memang aku tak jangka ada di sebelah rumah sahaja. Akhirnya, aku sampai juga di bahagian selatan. Tapi apa pon tak dapat. He He He.

p/s: boleh la jogging lenkali yer.. sambil menunggang kuda pon boleh.. tapi fitness kena jaga sbb bukit dier tinggi dan menonggekkan... :P