Wednesday, September 02, 2015

Prosedur Import Kucing Luar Negara 2015

Hari ini aku nak kongsikan cara untuk import kucing daripada luar negara. baru-baru ini aku baru import 3 ekor kucing baka British Shorthair dari Ukraine. Kebanyakkan pengimport sekarang menggunakan khidmat ejen untuk buat Custom Clearance. Guna ejen juga untuk dapatkan permit import dan juga guna ejen untuk isi borang kastam. Jadi, dapatkah anda bayangkan betapa banyaknya duit keluar hanya untuk bawa masuk kucing dari luar negara. Saya cuba kongsikan ilmu saya untuk tatacara Custom Clearance pada 30 Ogos 2015. Jumlah 3 ekor akan saya perincikan seperti berikut. Operasi pejabat2 ini adalah 24 jam.

Pertama...
Anda sudah buat bayaran kepada penjual, dia perlu beri anda maklumat vaksinasi terkini dan umur kucing anda. Health certificate biasa diberi dalam bentuk salinan passport kucing. Maklumat ini diperlukan untuk buat import permit. Untuk makluman, Import permit sudah tidak boleh buat manual di kaunter DVS dan MAQIS. Perlu guna ejen pengimport haiwan. Harga permit yang dikeluarkan oleh PPT KL pada Ogos 2015 adalah RM 250 upah dan RM43 seekor. Harga saya pula adalah RM276 sahaja untuk 3 ekor. (Boleh hubungi saya untuk khidmat Permit Import - Murah je)

Kedua...
Anda perlu buat tempahan kandang kuarantin di Pejabat Kuarantin KLIA(LCCT). Download borang dari laman web MAQIS isi dan faks sahaja lagi mudah. Ini untuk memastikan quota anda ada untuk letakkan kucing selepas ia sampai ke Animal Hotel MASKARGO dari luar negara. Kucing perlu dikuarantin selama 7 hari. Tiada bayaran diperlukan untuk tempahan. Namun buat dalam 7 hari sebelum tarikh import.

Ketiga...
Kucing anda telah tiba di Animal Hotel. Penjual akan beri anda salinan Airway Bill dengan nombor seperti cth: 586 - 8305 8662. Anda boleh track kucing anda menggunakan Kargo Tracking. Apabila telah sampai, anda harus ke Animal Hotel. Namun kena singgah dulu di Pejabat Pas Keselamatan Harian FCZ untuk menukar IC anda kepada pas keselamatan. Pejabat ini terletak dekat dengan Hospital Pusrawi atas cafeteria. Tingkat 1. Dari bulatan ke LCCT trafficlight pertama belok kiri. 

Keempat...
Selepas dapat Daily Pass, anda masuk menggunakan Pintu Kastam yang banyak macam tol gate. Masuk Pintu 9 keluar Pintu 5. Anda akan ditanya hendak kemana, katakan ke Animal Hotel. Keluar kereta dan buka boot untuk diperiksa. Kemudian jalan terus belok kanan terus je belok kiri lalu bawah flyover dan terus ke Animal Hotel. Boleh tanya.

Kelima...
Setibanya di Animal Hotel tunjuk Airway Bill Number anda. Mereka akan beri sampul yang mempunyai Certificate kucing dan Passport kucing serta Sijil Kesihatan kucing anda. Disitu anda akan diminta untuk bayar RM30 setiap kennel dan tambahan 0.25sen/Kg minimum RM 25 jadi Jumlah yang saya bayar untuk 3 ekor kucing adalah RM30+RM30+RM30+RM25 = RM115

Keenam...
Setelah membayar dan dapat resit, Anda perlukan khidmat mengisi borang kastam. Pergi ke CORE 2 tingkat GM Pejabat Forwarding Services. Tanya pihak Animal Hotel, beliau akan tunjukkan jalan. Disana, beri semua dokumen yang anda dapat dari Animal Hotel. Mereka akan siapkan borang kastam dalam 10-20 minit. Bayaran khidmat adalah RM120.

Ketujuh...
Setelah borang kastam diisi, pegawai pengiring akan mengiring anda ke Pejabat MAQIS di Tingkat Lima Blok FCZ di sebelah toll gate kastam. Disana, mereka akan semak import permit dan Airway Bill, Anda mempunyai pilihan untuk bawa sendiri haiwan ke kuarantin atau biarkan pihak MAQIS hantar kucing anda.(passport kucing akan disimpan pihak MAQIS) Boleh kautim dengan pegawai MAQIS. Tetapi kalau guna khidmat mereka RM30 seekor akan dikenakan. Saya hantar sendiri walau pukul jam 12 malam. Kadar semakan yang di kenakan adalah RM25 seekor. Jadi saya membayar RM75 untuk 3 ekor.

Kelapan...
Selesai di MAQIS, kini anda perlu ke pejabat kastam dibawah sekali blok FCZ yang sama untuk buat pembayaran cukai. Nilai cukai bergantung kepada nilai kucing yang anda beli. Perlu ada Invois atau bukti pembayaran. Cara nak selamat, anda belilah atau buatlah kucing anda dengan kelihatan murah. Total nilai kucung saya adalah RM1200 dan dikenakan cukai sebanyak RM85. Tunggu beliau proses, Apabila borang dipulang, pergi ke kaunter pembayaran, buat bayaran cukai selepas itu setelah dapat borang kembali, pergi ke kaunter bertentangan dengan kaunter pembayaran untuk ambil Resit.

Kesembilan...
Dah dapat resit maknanya anda sudah boleh buat clearance. Ambil kucing bawa ke kandang kuarantin atau biarkan sahaja pegawai MAQIS bawa. Jika ambil kucing anda perlu ke Animal Hotel, ambil kucing bawa keluar melalui Pintu 5 terus ke stesen kuarantin KLIA. Anda boleh pilih kandang yang anda minat di Rumah Kucing, sediakan air dan makanan serta pasir yang disediakan di pantri. Lalu, tinggalkan kucing tersebut dan datang seminggu kemudian untuk tuntut kucing anda. Yuran kuarantin adalah RM5 sehari bagi kucing jadi total 3 kucing adalah RM105 untuk seminggu. 

Kesepuluh...
Jangan balilk terus, pergi tukar semula pas keselamatan untuk mendapatkan kad pengenalan anda semula.

Jadi kos yang hangus untuk import kucing sebanyak 3 ekor adalah:
Permit RM276 + Animal Hotel RM115 + Borang Kastam RM120 + MAQIS RM75 + Cukai Kastam RM85 + Kuarantin RM105 = RM776 (3 ekor)

**Pernah ada seseorang yang yakin buat sendiri tapi kena bayar cukai sehingga RM1000 seekor!!
**Masa minimum untuk selesai adalah 5 jam. Jadi bersabarlah!
**Jangan ada sebarang kesilapan dokumen kerana anda pasti akan menyesal kucing anda tidak lepas!
**Ada denda yang di caj oleh MAS Kargo jika anda lambat selesaikan kucing dalam tempoh masa 8 jam!

Tips: Elakkan kerugian, gunakan khidmat agen yg ada... 


Tuesday, August 26, 2014

Penjagaan Ikan Koi Jepun / Japanese Koi





Kolam Baru
  1. Cuba perhatikan kebocoran air.
  2. Jika ada kebocoran, buang air dan sapukan sejenis Epoxy Flexi Coat untuk kebocoran yang kecil.
  3. Cuci kolam dengan penuhkan untuk dibilas dan dimasukkan air baru.
  4. Jika air paip digunakan, pastikan masukkan ubat AntiChlorine seperti Nutrafin AquaPlus atau Tension Gon mengikut arahan pada botol.
  5. Masukkan Garam Akuarium untuk mengelakkan pembiakan dan serangan bakteria. Bakteria boleh menyerang ikan koi dan menyebabkan kematian.
  6. Garam yang digunakan sebanyak 3 kg untuk 1 Gallon air / 4 liter air
  7. Masukkan sedikit Ubat Hijau S1 untuk mengelakkan penyebaran penyakit dan memberi lapisan perlindungan pada sisik ikan koi.
  8. Masukkan Bakteria baik seperti Biozyme Formula 100 untuk membiak bakteria didalam filter.
  9. Jangan pasang lampu UV dahulu untuk pastikan bakteria baik dapat masa untuk menjadi matang dan tinggal di dalam filter media seperti Bio Ring, Bacteria House, dan Japanese Mat.
  10. Bakteria baik yang matang dapat menghalang pertumbuhan Algae yang menyebabkan air keruh hijau. Ia juga boleh meleraikan najis ikan koi yang mempunyai kandungan ammonia dan nitrat yang tinggi.
  11. Kandungan Nitrat tinggi yang datang dari najis ikan koi dan air hujan sangat bahaya kepada ikan koi. Bakteria baik akan meleraikan kandungan tersebut menjadi gas dan dilepaskan ke udara.
  12. Gelembung udara/aerator/bubble perlu dipasang untuk memastikan tahap kandungan Oksigen dalam air tidak berkurang. Ikan koi jepun sangat bergantung kepada oksigen dalam air untuk pencernaan makanan. Jika oksigen kurang, ikan akan sukar untuk menghadam makanan dan akan mati.
Masuk Ikan Baru
  1. Ikan baru hendaklah dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
  2. Rendam ikan berisi air didalam plastik dari kedai ke dalam kolam selama 10 – 15 minit. Ini bertujuan untuk mengurangkan stress terhadap ikan semasa dalam perjalanan yang jauh dengan membuatkan suhu air dalam plastik dan air kolam adalah sama.
  3. Masukkan air kolam kedalam plastik tanpa membuang air didalam plastik dan dibiarkan selama 10 minit sebelum ikan dilepaskan kedalam kolam. Ini bertujuan untuk membuatkan pH kepekatan air kolam dicampur dengan pH kepekatan air dalam plastik menjadi sekata dan boleh diterima ikan. Perubahan mendadak pH air boleh menjadikan ikan terkejut dan mati.
  4. Sebaiknya, setiap kali memasukkan ikan baru, tambah garam dan ubat hijau S1 kedalam kolam sebanyak 1 – 2 kg untuk mengelakkan ikan terkena jangkitan penyakit.

Cara Basuh Filter Media
  1. Filter yang baik dan menjamin kualiti air kolam yang baik. Jaga kualiti air ikan koi tidak akan ada masalah.
  2. Filter paling mudah adalah Brush, Japanese Mat, Bio-Ring dan Bacteria House.
  3. Tujuan pengunaan filter media adalah seperti berikut:
    • Brush                     - Untuk menyekat kotoran yang kasar.
    • Japanese Mat       - Keras, senang dibasuh dan tahan lama. Untuk menyekat kotoran   sederhana dan biak bakteria baik.
    • Bio-Ring       - Mempunyai luas permukaan yang tinggi untuk memberi ruang kepada bakteria baik untuk tinggal dan memakan sisa buangan ikan koi.
    • Bacteria-House - Khas untuk membiak bakteria didalam kolam untuk mengelakkan penyebaran parasite dan kuman yang bahaya kepada ikan koi.
  4. Cara yang betul untuk membasuh filter media adalah dengan menggunakan air kolam itu sendiri. Menggunakan air paip boleh membunuh bakteria baik.
  5. Sebulan sekali boleh cuci kesemua filter media.
  6. Seminggu sekali cukup sekadar mencuci brush dan Japanese mat bergantung sebanyak mana kotoran yang dihasilkan ikan.
  7. Kawal kotoran dengan mengawal pemberian makanan kepada ikan.
  8. Jangan berikan ikan makan yang tidak dihabiskan. Sebaiknya beri ikan makan sebanyak mana ikan-ikan koi tersebut boleh habiskan dalam 5-10 minit sahaja.
  9. Jika sudah lebih daripada 10 minit keluarkan makanan yang tidak dihabiskan atau ia akan menjadikan air kotor dan tidak sihat kepada ikan.
Tip Penjagaan Ikan Koi
  1. Harus tukar air sebanyak 10-20% setiap minggu bagi mengelakkan kandungan nitrat menjadi tinggi dan bahaya kepada ikan koi.
  2. Air hujan mengandungi asid yang boleh menyebab pH spike kepada air kolam, ini juga tidak bagus kepada ikan yang sensetif seperti koi. Tukar air secara berkala adalah kaedah yang baik.
  3. Pastikan air sentiasa cukup untuk ikan dan jangan sampai terlalu sempit. Ikan memerlukan ruang untuk terus membesar dan gemuk.
  4. Untuk ikan cepat besar berikan makanan sedikit tetapi kerap seperti 3-4 kali sehari.
  5. Untuk ikan mendapat warna yang cantik berikan makanan high color dari kedai.
  6. Jika ikan didapati sakit, seperti berenang tidak betul, ikan gelisah, mempunyai selaput putih dipermukaan badan, kecacatan, atau jangkitan parasite, maka cepat-cepatlah tukar air 40-50% dan masukkan garam 0.6% air, masukkan ubat hijau S1 dan anticlorine mengikut sukatan yang diberikan.
  7. Perhatikan ikan sakit dan jika sudah pulih jangan tinggalkan sahaja dan teruskan rawatan dengan mengurangkan dos ubatan sedikit demi sedikit setiap hari sehingga ikan benar-benar pulih.
  8. Sangat penting masukkan ubat antichlorine, garam, ubat S1 TERLEBIH DAHULU sebelum memasukkan air paip.
  9. Gunakan air yang telah ditapis atau yang telah disimpan untuk dimasukkan kedalam kolam.

Tuesday, December 31, 2013

Emas Keparat

Introduction: 3 tahun aku kaji emas/gold 999... Tak ada untung langsung! Loss RM2000 gitu je dengan harga emas sekarang RM12400/100g.

Literature Review:
1. Research GOLDNanotracer aku 1 tahun 1 Gold Medal 1 Journal
2. Arowana Emas-Malaysian GOLDen boleh untung RM1500 seekor jual tak sampai 3 bulan
3. Ebook Interview Guidelines boleh untung beribu ringgit tanpa modal.
4. Pokok gaharu 3 tahun dah tinggi rumah.

Results and Discussions:
Melabur pada emas sangat menyakitkan hati kerana ia umpama saham, boleh untung tapi kena berhadapan dengan kerugian. Emas dibeli pada harga yang tinggi dari pembekal. Tapi bila hendak dijual pembekal akan ambil harga paling rendah. Jika ingin pelaburan yang cepat, kurang dari 4 tahun, jauhi EMAS. Banyak lagi pelaburan yang bagus dan konsisten. Menurut (Harrier Green, 2013) pelabur mula percaya kepada 'kertas' semula berbanding emas yang tidak begitu penting disamping ia menunjukkan kerugian tahunan terbesar dalam 32 tahun. Buying gold isn’t an “investment” at all—it’s a trade. Gold is a zero-sum game. Whatever one “investor” gains, another loses (Louis Woodhill, 2013).

Conclusions:
Penyesalan berganda kerana melibatkan diri dengan emas. Walaupun aku MAS a.k.a Mohd Amirul Syafiq, lepas ni takkan ada lagi pelaburan emas. Lu nak beli emas memang senang bai.. Bila nak jual, letak 40 iklan pon belum tentu orang nak beli.

Sugesstions and Future Work:
Kalau anda pelabur, nak melabur dan dapat untung bawah 5 tahun, jangan la melabur emas. Melainkan anda pembekal a.k.a dealer. Masa jual, ko jual lebih dari harga pasaran, masa beli ko mintak lebih rendah dari harga pasaran. Puiii...

Monday, September 23, 2013

Lirik Law Kana Bainanal Rumi

Law Kana Bainanal Habib
Ladanal-Qasi Wal-Qarib
Min Thoibatin Qablal-Maghib
Tholiban Qurbal Habib

Biqurbihi-Nafsu Tathib

Wa Tad'ullah Fa Yujib
Anwaru Thoha La Taghib
Ballighna Liqahu Ya Mujib

Andai Rasulullah Masih Ada

Semerbaklah Haruman Baginda
Setiap Jiwa Ingin Bersamanya
Nur Muhammad Terus Bercahaya

Law Kana Bainanal Habib

Ladanal-Qasi Wal-Qarib
Min Thoibatin Qablal-Maghib
Tholiban Qurbal Habib

Fadatkha-Ruuhi Ya Habib

Muhammadun Mukrimal-Maaghib
Biqurbikar-Ruhu Tathib
Ya Rahmatal-Lila'lamin


p/s: selamat berkareoke...

Tuesday, July 02, 2013

Hari Inovasi Nuklear Malaysia 2013

Pada 2-4 Julai 2013, Agensi Nuklear Malaysia telah menganjurkan Hari Inovasi Nuklear Malaysia. Terdapat lebih kurang 18 produk inovasi yang dipertandingkan dalam Hari Inovasi kali ini. 4 produk daripada Bahagian Teknologi Industri. Ditugaskan sebagai pembantu projek leader iaitu Dr Jaafar yang tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus di luar kawasan. Tajuk projek yang aku wakili ini adalah NucleonicEye.
NucleonicEye merupakan sebuah alat tolok nuklear yang digunakan untuk melihat dan menentu ukur tahap paras kandungan dalam alat pemadam api dan menentukan jenis kandungan yang sebenar dalam alat tersebut. Inovasi ini terhasil daripada masalah yang diutarakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dimana kebiasaanya mereka terpaksa membuka alat pemadam api untuk mengetahui paras isi kandungan dan fikizal alat tersebut serta menggunakan alat penimbang yang mana lebih sukar dan memerlukan tenaga yang banyak.
Dengan adanya NucleonicEye, kerja tersebut dapat diringankan dari segi masa, kos dan tenaga kerja. Ini kerana, penggunakan NucleonicEye adalah sistem yang tidak memusnahkan, tidak bersentuhan dengan alat pemadam api, bacaan yang tepat dapat dihasilkan serta mudah untuk diulang, mudah dibawa, tidak perlu untuk meleraikan alat pemadam api, dan yang paling penting dan ternyata bagus ia menggunakan bahan radioaktif paling rendah dosnya iaitu 2.67 mCi Ba-133 pada tenaga kurang daripada 400 keV.
Ramai tetamu yang hadir pada hari ini terutamanya lawatan dari para pelajar sekolah-sekolah yang berdekatan dengan Agensi Nuklear Malaysia. Ada tiga orang juri yang merupakan Professor dari Universiti dan seorang Malaysian Inventor yang cukup dikenali iaitu Mr. Robest Yong.

p/s: besar harapan den nak simpan gold medal lagi satu harap2 la dapat gold...

Wednesday, May 15, 2013

Kuarters Kerajaan: Adakah Selesa?

Kuarters kerajaan ni adalah salah satu hot topik sebenarnya. Semakin ramai manusia di Malaysia ni mencari kata kunci kuarters kerajaan. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk membuatkan kamu semua tertarik kepada blog aku ini. Best duduk kuarters ni sebenarnya. Aman, tenteram, sunyi je. Orang lain beli rumah besar-besar tapi berhutang, sedangkan nabi tak galakkan hutang. Beli rumah besar-besar, alahai anak makan ikan masin ikan kembung je hari-hari? Tambah kicap terbaik!
Ada orang kata aku memilih rumah kerajaan kerana tak ada duit beli rumah. Senang je. Aku cakap ya aku tak ada duit! Kau ada? Kalau ada kenapa hutang beli rumah? Kalau duduk kuarters yang selesa ni sampai pencen 60 tahun pon aku sanggup! Sebab dah memang terang-terang selesa. Berapa lama je kita ada kat rumah? Dan berapa lama je ahli keluarga kita cukup di rumah? Satu datang, satu pergi. Siang kerja, sekolah. Malam, bagi yang bijak ke surau, yang nak bijak ke tuisyen atau kolej, yang sentiasa mencari kebijaksanaan keluar belajar. Tetapi zaman sekarang habiskan masa dirumah hanya untuk tengok tv. Anak tengok tv.. Ayah tengok tv.. Mak tengok tv.. Lepas tu mengomel perut besar la punggung mengelembung la..
Jadikan rumah tu sebagai persinggahan je untuk berteduh dari hujan panas dan serangan makhluk liar sudah la. Bila dah betul-betul perlu baru beli rumah. Owh nanti rumah naik harga... Ayat orang yang biasa-biasa. Kalau dah bersedia dari awal buat apa nak takut harga naik? Melainkan ini adalah orang yang jenis nak masuk syurga tapi tak sembahyang. Syurga nak, sembahyang tak mahu. Jadi fikirkanlah. Buat justifikasi dan optimumkan keperluan. Baru lah seimbang dunia dan akhirat.
Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal. Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit. Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan. -UTUSAN MALAYSIA
 p/s:aku skarang da xkesah lgsg psl byr duit kuarters... hehe cam duduk rumah besar yg free jer!! gaji suda riban2 tapi umah xyah byr.. mari invest... mari invest...

p/p/s: wahai senior, jgn samakn kami dgn anda... kami tiada tanggungan dan tak byr duit rumah besar... jgn jeles dgn apa yg kami ada, kami gunakan walaupun sama tarafnya dgn anda... diakui gaji anda besar... namun sbnrnya same byk je dgn kami sbb kami tak byk komitmen spt anda... fikir2lah yer senior....

Monday, May 13, 2013

Sewa Baju Tunang Baju Nikah Murah

Sewa Baju Tunang Murah
Sewa Baju Nikah Murah

Saje-saja nak promote keyword.... bisnes... bisnes... 

Friday, February 22, 2013

Kos Dan Bayaran Haji

Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Dalam Negara