Showing posts with label Ikan Koi. Show all posts
Showing posts with label Ikan Koi. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Ahli Baru Koi Kolam Kluang

Semasa membeli ikan Arowana Chili Red di Kinn Fatt Aquarium, Kepong, aku ternampak ikan koi yang tersangat cantik, warna sangat terang dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Aku terus beli dan pilih yang terang-terang kerana di Kluang harganya 3 kali ganda bagi kualiti yang lebih rendah. Ikan ini memang cantik. Aku hadiahkan ikan ini kepada adik bongsu aku agar dia dapat jaga ikan ini sehingga besar dan aku bari dia peluang untuk jual ikan ini pada harga lebih tinggi mengikut kreativiti dan kebolehan bisnes dia sendiri. Terpulanglah pada beliau nak jual atau simpan.
Disamping itu aku mengajar dan memberi tutorial kepada adik aku tu cara-cara mengendalikan ikan dan kaedah penjagaan kolam serta cara memasukkan ikan kedalam kolam. Untuk pengetahuan, aku memang sangat sukakan ikan koi. Rasanya sudah hampir RM3000 dihabiskan hanya untuk ikan koi ini. Yang dulu beli RM1000 pon hanya ketentuan Ilahi bahawa ikan tu sudah sampai masanya. Ikan ini senang dijaga dan cantik. Ikan koi juga merupakan ikan perhiasan kedua termahal selepas Arowana.
Maka, bertambahlah bilangan ahli mesyuarat kolam dalam kolam ikan di Kluang, Johor. Memang smart ikan-ikan itu berenang kesana-sini. Hampir 40 ekor ikan koi terdapat dalam kolam tersebut. Seekor daripadanya baki yang hidup iaitu berwarna hitam sepanjang 2.5 kaki. Sangat besar. Tapi sayangnya rakan-rakannya terkorban akibat diserang penyakit. Hanya dia yang tinggal.
Sangat terangkan warna dia??! walaupon tak kena Sinar UV
p/s: aku ni element air... ptt la suke ikan.. jg 40 ikan lagi senang dari menjaga seorg wanita! pelikkan kan aku... byk2 mmbr aku sorg je yg DIFFERENT... bestnya jd org yg different ni... :)

Tuesday, December 28, 2010

Ikan Koi: Hobi Di Kampung Halaman

Ikan koi merupakan satu-satu haiwan peliharaan yang aku minati. Ia sangat cantik dan berwarna-warni serta sentiasa bergerak dan ceria walau apa jua keadaan sekalipun. Ikan koi tidak mempunyai tahi yang banyak, besar, bersepah dan mengotorkan. Oleh sebab itulah, mak aku telah meluluskan permohonan untuk memelihara haiwan di rumah. Kucing, arnab, itik, ayam, dan angsa memang kena tolak la. He He He. Lagipun, ayah aku pon minat pada ikan peliharaan sahaja.
Ikan koi jepun harganya sangat mahal kerana kualiti dan jangka hayatnya yang lasak. Aku hanya mampu membeli ikan koi tempatan iaitu buatan Malaysia. Ikan ini sangat murah berbanding ikan koi jepun. Ikan sepanjang 5 inci hanya dijual pada harga RM4 sahaja manakala yang paling besar aku beli sepanjang 35cm hanya RM50 seekor. Jika Ikan koi sudah tentu harganya lebih dari RM200 seekor.
Sehingga sekarang aku mempunyai lebih 40 ekor pelbagai saiz ikan koi didalam kolam hiasan. Hampir lebih RM 1000++ telah dibelanjakan. Kerugian tetap dirasakan apabila ada yang mati kerana pandai-pandai membuat aksi akrobatik melompat keluar tetapi tidak pandai masuk semula lalu mati kehausan. Walau bagaimanapun, kehadiran ikan-ikan koi tersebut sangat menceriakan suasana teratak ayah di Kluang, Johor. Mengindahkan lagi taman dan kolam sedia ada serta menghiburkan para pengunjung yang bertandang kerumah terutamanya kanak-kanak.
Ikan koi terkenal dengan sikap tak tahu malunya. Bila kita datang mesti ia akan ikut kerana mahukan makanan. Ia tidak pernah kenyang. Tapi boleh tahan lapar selama lebih seminggu. Aku pon pelik. He He He. Apabila dicampak pellet (makan ikan) mereka berebut-rebut seperti ikan piranha dan boleh dibelai dan dipegang tanpa segan silu. Penjagaannya pula sungguh mudah. Ada air bersih, pump, filter tank sudah mencukupi.


p/s: suke pada kaler ikan koi yang warna oren/merah/hitam tu... kalau la ade pakar boleh irradiate ikan tu tukar2 warna ngan teknologi nuklear mmg bley dpt harga premium lawan ikan koi jepun lah! nanti aku try find out bleh tak kesan sinaran menukar genetik ikan koi kpd corak dan warna yg lbih garang!