Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Kuasa Tuhan: Kesan Lichtenberg

Kesan Lichtenberg atau dikenali sebagai 'Lichtenberg Effect' yang berbentuk seperti pancaran kilat adalah satu fenomena yang jarang ditemui di Malaysia. Ia juga di kenali sebagai 'Beam Tree' yang di temui oleh Georg Christoph Lichtenberg pada tahun 1777. Ia merupakan satu peristiwa dimana cabang luahan elektrik yang kadang-kadang muncul pada permukaan atau bahagian bahan penebat seperti Acrylic.
Ia dihasilkan dengan menembak elektron kepada bahan tersebut menggunakan alur elektron yang hanya boleh didapati di Nuklear Malaysia pada jumlah voltan elektrik yang tertentu. Kesan ini adalah pemerangkap elektron didalam bahan penebat dan ia hanya akan terhasil jika ada titik lemah (lubang kecil yang dibuat). Ia sebenarnya menunjukkan jalan kemana arah elektron itu akan keluar iaitu di titik lemah yang diberikan. Jika tiada titik lemah fenomena itu tidak akan dapat diperangkap.
Ini merupakan satu contoh fenomena dimana petir dan kilat terhasil di langit. Gerakan yang sama dengan corak elektrik (tetiba teringat Kakashi dalam Naruto) yang dihasilkan oleh mana mana punca elektrik. Ini lah kebesaran Tuhan yang maha Agong dalam mencipta fenomena elektrik di muka bumi ini. Kebiasaannya, kita hanya dapat melihat kilat didalam gambar. Kini, ia diperangkap didalam bahan penebat berketumpatan tinggi.
p/s: tadi aku buat guna PS (polystyrene) malangnye gagal sebab low dens material dan sgt nipis... so upset... however, arini aku da blaja satu ilmu baru dari pakar pemancar elektron di Alurtron, Nuklear Malaysia. Best!
Halo.. Electron Beam pon teknologi nuklear okay... Sinchan...beam, beam, beam, beam, beam... 

Tuesday, December 28, 2010

Ikan Koi: Hobi Di Kampung Halaman

Ikan koi merupakan satu-satu haiwan peliharaan yang aku minati. Ia sangat cantik dan berwarna-warni serta sentiasa bergerak dan ceria walau apa jua keadaan sekalipun. Ikan koi tidak mempunyai tahi yang banyak, besar, bersepah dan mengotorkan. Oleh sebab itulah, mak aku telah meluluskan permohonan untuk memelihara haiwan di rumah. Kucing, arnab, itik, ayam, dan angsa memang kena tolak la. He He He. Lagipun, ayah aku pon minat pada ikan peliharaan sahaja.
Ikan koi jepun harganya sangat mahal kerana kualiti dan jangka hayatnya yang lasak. Aku hanya mampu membeli ikan koi tempatan iaitu buatan Malaysia. Ikan ini sangat murah berbanding ikan koi jepun. Ikan sepanjang 5 inci hanya dijual pada harga RM4 sahaja manakala yang paling besar aku beli sepanjang 35cm hanya RM50 seekor. Jika Ikan koi sudah tentu harganya lebih dari RM200 seekor.
Sehingga sekarang aku mempunyai lebih 40 ekor pelbagai saiz ikan koi didalam kolam hiasan. Hampir lebih RM 1000++ telah dibelanjakan. Kerugian tetap dirasakan apabila ada yang mati kerana pandai-pandai membuat aksi akrobatik melompat keluar tetapi tidak pandai masuk semula lalu mati kehausan. Walau bagaimanapun, kehadiran ikan-ikan koi tersebut sangat menceriakan suasana teratak ayah di Kluang, Johor. Mengindahkan lagi taman dan kolam sedia ada serta menghiburkan para pengunjung yang bertandang kerumah terutamanya kanak-kanak.
Ikan koi terkenal dengan sikap tak tahu malunya. Bila kita datang mesti ia akan ikut kerana mahukan makanan. Ia tidak pernah kenyang. Tapi boleh tahan lapar selama lebih seminggu. Aku pon pelik. He He He. Apabila dicampak pellet (makan ikan) mereka berebut-rebut seperti ikan piranha dan boleh dibelai dan dipegang tanpa segan silu. Penjagaannya pula sungguh mudah. Ada air bersih, pump, filter tank sudah mencukupi.


p/s: suke pada kaler ikan koi yang warna oren/merah/hitam tu... kalau la ade pakar boleh irradiate ikan tu tukar2 warna ngan teknologi nuklear mmg bley dpt harga premium lawan ikan koi jepun lah! nanti aku try find out bleh tak kesan sinaran menukar genetik ikan koi kpd corak dan warna yg lbih garang!