Tuesday, October 11, 2011

Ahli Baru Koi Kolam Kluang

Semasa membeli ikan Arowana Chili Red di Kinn Fatt Aquarium, Kepong, aku ternampak ikan koi yang tersangat cantik, warna sangat terang dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Aku terus beli dan pilih yang terang-terang kerana di Kluang harganya 3 kali ganda bagi kualiti yang lebih rendah. Ikan ini memang cantik. Aku hadiahkan ikan ini kepada adik bongsu aku agar dia dapat jaga ikan ini sehingga besar dan aku bari dia peluang untuk jual ikan ini pada harga lebih tinggi mengikut kreativiti dan kebolehan bisnes dia sendiri. Terpulanglah pada beliau nak jual atau simpan.
Disamping itu aku mengajar dan memberi tutorial kepada adik aku tu cara-cara mengendalikan ikan dan kaedah penjagaan kolam serta cara memasukkan ikan kedalam kolam. Untuk pengetahuan, aku memang sangat sukakan ikan koi. Rasanya sudah hampir RM3000 dihabiskan hanya untuk ikan koi ini. Yang dulu beli RM1000 pon hanya ketentuan Ilahi bahawa ikan tu sudah sampai masanya. Ikan ini senang dijaga dan cantik. Ikan koi juga merupakan ikan perhiasan kedua termahal selepas Arowana.
Maka, bertambahlah bilangan ahli mesyuarat kolam dalam kolam ikan di Kluang, Johor. Memang smart ikan-ikan itu berenang kesana-sini. Hampir 40 ekor ikan koi terdapat dalam kolam tersebut. Seekor daripadanya baki yang hidup iaitu berwarna hitam sepanjang 2.5 kaki. Sangat besar. Tapi sayangnya rakan-rakannya terkorban akibat diserang penyakit. Hanya dia yang tinggal.
Sangat terangkan warna dia??! walaupon tak kena Sinar UV
p/s: aku ni element air... ptt la suke ikan.. jg 40 ikan lagi senang dari menjaga seorg wanita! pelikkan kan aku... byk2 mmbr aku sorg je yg DIFFERENT... bestnya jd org yg different ni... :)

Perjalanan Ke Bukit Merah Mencari Arowana

Pada 8.10.11 aku bersama dua adik aku Haziq dan Faiz telah ke Bukit Merah, Perak. Sebenarnya adalah untuk meraikan hari lepasnya Viva Voce pada kelmarinnya. Namun, disebalik tujuan itu adalah untuk mencari ikan arowana yang dikatakan diternak di kawasan Tebok Panchur di Bukit Merah.
Pintu masuk Pulau Orang Utan. Da macam masuk Jurassic park.
Tasik Bukit Merah. Menaiki feri ke pulau Orang Utan
  Perjalanan bermula pada jam 6 pagi dari Putrajaya terus ke Bukit Merah Laketown Resort selama 3 jam. Sampai sahaja di BMLR itu kami terus membeli tiket EcoPark yang memberi tiket untuk memasuki Pulau Orang Hutan, Skycycle, LiftChair dan Ecopark dalam satu pakej berharga RM39 seorang. Kami melihat pelbagai jenis haiwan dan keindahan alam di Tasik Bukit Merah. Bermula dari melihat Orang Utan, dan melawat EcoPark atau mini Zoo berserta pertunjukan haiwan pada jam 1230 tgh hari. 
Pertunjukkan haiwan or Animal Show guna burung kakak tua
Chairlift boley ushar-ushar orang yang sedang mandi dibawah
Selepas puas di BMLR kami mempunyai banyak masa lalu pergi mencari tempat makan di Tebok Panchor dan terus mencari ikan arowana di kawasan tersebut. Bukit Merah memang dikenali dengan pengeluaran kedua terbesar negara dalam mengeluarkan benih-benih ikan arowana di Malaysia selepas Johor. Namun, apa yang aku kesali di sana hanyalah ladang pembenihan semata-mata dan ikan yang baru menetas hanya untuk dieksport. Maka tidak banyak showroom untuk menjual ikan tersebut kepada orang tempatan. Yang ada hanyalah Arowana Village yang begitu mahal harga ikannya. Lantas dengan rasa kecewa aku tinggalkan Bukit Merah.
Baby orang utan dalam ICU kerana ibunya mati semasa melahirkannya
Bapak orang utan. Beso cam bigfoot.
Selepas kecewa dengan keadaan di Bukit Merah, kami pulang melalui Taiping dengan harapan dapat melawat Night Safari di Zoo Taiping. Tetapi petang itu hujan sudah tentu pokok-pokok di zoo basah dan haiwan semua bersembunyi. Lantas, kami terus ke Ipoh untuk mencari hotel dan terlintas untuk bermandi-manda di Lost World of Tambun. Kami jumpa hotel di Ipoh iaitu Tambun Inn dengan kadar sewa Rm98 1 Queen +1 Single bed. Besar biliknya! Selepas tukar pakaian kami terus ke Lost World of Tambun dan hanya mengambil pakej Hot Springs berharga RM15 seorang. Jadi kami mandilah air panas sehingga lebam dan hampir jam 8 malam dari jam 6 petang.
Nak masuk hotspring Lost World Of Tambun
Balik after magrib setelah sebati dgn air panas... huh!
Selepas bermandi-manda, kami terus pergi mencari tempat makanan seafood dan terus pulang ke hotel untuk tidur yang nyaman setelah ber'hotspring' petang tadi. Malam itu aku sibuk berinternet guna HTC Sensation aku untuk mencari showroom area KL lantas terus tertido. Jam 5 pagi kami bangun dan terus bergerak ke KL pada jam 6 pagi. Selamat tinggal Perak.

p/s: pttnye da femes arowana bukak la showroom kat sane.. baru org tempatan dtg beli.. ini kita dtg jauh2 semua farm tutup.. aku rase sape bukak showroom kat sane instead of bukak farm lagi untung sbb org confirm2 dtg cari ikan...