Ikan koi merupakan satu-satu haiwan peliharaan yang aku minati. Ia sangat cantik dan berwarna-warni serta sentiasa bergerak dan ceria walau apa jua keadaan sekalipun. Ikan koi tidak mempunyai tahi yang banyak, besar, bersepah dan mengotorkan. Oleh sebab itulah, mak aku telah meluluskan permohonan untuk memelihara haiwan di rumah. Kucing, arnab, itik, ayam, dan angsa memang kena tolak la. He He He. Lagipun, ayah aku pon minat pada ikan peliharaan sahaja.
Ikan koi jepun harganya sangat mahal kerana kualiti dan jangka hayatnya yang lasak. Aku hanya mampu membeli ikan koi tempatan iaitu buatan Malaysia. Ikan ini sangat murah berbanding ikan koi jepun. Ikan sepanjang 5 inci hanya dijual pada harga RM4 sahaja manakala yang paling besar aku beli sepanjang 35cm hanya RM50 seekor. Jika Ikan koi sudah tentu harganya lebih dari RM200 seekor.
Sehingga sekarang aku mempunyai lebih 40 ekor pelbagai saiz ikan koi didalam kolam hiasan. Hampir lebih RM 1000++ telah dibelanjakan. Kerugian tetap dirasakan apabila ada yang mati kerana pandai-pandai membuat aksi akrobatik melompat keluar tetapi tidak pandai masuk semula lalu mati kehausan. Walau bagaimanapun, kehadiran ikan-ikan koi tersebut sangat menceriakan suasana teratak ayah di Kluang, Johor. Mengindahkan lagi taman dan kolam sedia ada serta menghiburkan para pengunjung yang bertandang kerumah terutamanya kanak-kanak.
Ikan koi terkenal dengan sikap tak tahu malunya. Bila kita datang mesti ia akan ikut kerana mahukan makanan. Ia tidak pernah kenyang. Tapi boleh tahan lapar selama lebih seminggu. Aku pon pelik. He He He. Apabila dicampak pellet (makan ikan) mereka berebut-rebut seperti ikan piranha dan boleh dibelai dan dipegang tanpa segan silu. Penjagaannya pula sungguh mudah. Ada air bersih, pump, filter tank sudah mencukupi.
p/s: suke pada kaler ikan koi yang warna oren/merah/hitam tu... kalau la ade pakar boleh irradiate ikan tu tukar2 warna ngan teknologi nuklear mmg bley dpt harga premium lawan ikan koi jepun lah! nanti aku try find out bleh tak kesan sinaran menukar genetik ikan koi kpd corak dan warna yg lbih garang!
No comments:
Post a Comment