Skrin lutsinar ataupun dikenali sebagai air display yang terdapat dalam beberapa buah filem sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata yang merupakan satu sains rekaan atau dikenali sebagai sains fiksyen. Skrin pada cermin lutsinar yang boleh dialih-alih dan mempunyai keupayaan skrin sentuh bagi menggantikan tetikus dan dilihat dalam banyak filem-filem luar negara seperti Avatar, Resident Evil, Matrix dan banyak lagi.
Tetapi sebenarnya didunia ini belum ada lagi teknologi yang begitu hebat seperti ini. Namun beberapa gadget telah membuktikan bahawa ia bukanlah mustahil untuk direka. Antara contoh gadget yang mempunyai sedikit ciri-ciri seperti itu adalah iPhone yang mempunyai skrin sesentuh dan teknologi paparan berteknologi tinggi. Selain itu, televisyen LED (Light Emitting Diode) pun sudah mencapai tahap HD (High Definition) yang sekarang ini boleh didapati dalam setebal 1 inci! Antara lain sekarang panggung-panggung wayang juga telah menggunakan teknologi 3D yang berdefinasi tinggi.
Pada hari kedua konferens ICAMN II 2010 yang aku ikuti dulu, seorang penceramah jemputan daripda Korea telah membentangkan hasil kerja mengenai teknologi dan struktur nano. Banyak kaedah pencirian teknologi nano telah diperkenalkan dan dibentangkan. Beliau juga menyentuh mengenai pemukaan kaca dan menurut beliau, rancangan masa depan mereka adalah untuk merealisasikan teknologi skrin lutsinar atau pun air display ini menggunakan teknologi nano.
p/s: fuh lajunya teknologi dunia sekarang... kita?? Malaysia?? guys be ready... untuk menjadi sebuah negara maju yang setanding dgn negara maju yang lain, we have to change our attitude dan juga lebih berintegriti...
No comments:
Post a Comment