Bila kita bersembang mengenai nanoteknologi banyak tajuk yang boleh kita kongsikan seperti Safi Gold Nano, Nano White, Batu Nano, Karbon Nano, Baju Sukan Nano, Nano Tinted Filem dan juga gula-gula nano-nano yang hebat sekali. Tapi, adakah kita tahu, kita faham, kita kenal apa itu nanoteknologi dan kelebihannya?
Nanoteknologi sebenarnya adalah satu bidang sains zaman moden yang di temui awal abad ke-19 tetapi di takrifkan oleh Norio Taniguchi dari Jepun pada tahun 1974. Ya. Masih baru lagi teknologi ini. Sebelum Norio temui istilah nanoteknologi, ahli sains sebelumnya menggelar teknologi ini sebagai "there's plenty of room at the bottom" yang bermaksud masih terdapat banyak ruang di bawah. Bila ia sesuatu ilmu sains yang baru maka ia mesti menjerumus kepada mekanik kuantum iaitu satu bidang dalam sains fizik moden. Sebenarnya nanoteknologi merupakan sesuatu skala pada sesuatu bahan. Ia hanya melibatkan satu ukuran skala dimana melambangkan suatu saiz yang mempunyai skala antara 1-100 nanometer (nm) atau lebih senang untuk difahami 0.000000009 meter.
Kenapa mesti kecil sehingga saiz nano ya? Kajian dilakukan oleh para saintis dan ahli sains bahawa jika sesuatu partikel atau atom dan sewaktu dengannya didalam satu sebatian atau komposisi bahan, sifat bahan itu akan berubah. Apa yang kita mahu semestinya perubahan yang baik dan mendatangkan faedah. Maka dengan penemuan saiz nano banyak benda baru boleh dicipta dengan ciri-ciri dan sifat yang menarik serta penggunaannya yang tidak disangka!
Apakah contohnya? Jika saiz yang kecil, maka luas permukaannya besar. Itu adalah satu hipotesis yang boleh kita pakai. Maka teknologi ini boleh menyelamatkan ruang, mengurangkan penggunaan ruang kosong, mengurangkan berat, menambah ciri-ciri penting dan sebagainya. Ada juga bahan yang mustahil dibuat tetapi dengan adanya teknologi ini ia tidak lagi mustahil contohnya, membuat bahan bakar yang tahan lama, membuat ubat-ubatan moden daripada unsur2 yang bahaya tetapi boleh dimakan manusia, unsur logam yang bertoksik tetapi boleh digunakan sebagai pencuci muka, syampu, sabun, mencipta sebuah komputer riba sehingga telefon bimbit sebesar ibu jari, dan banyak lagi.
Jadi jika anda bercakap tentang nanoteknologi dengan atuk atau nenek anda, memang sah mereka tidak akan faham. Jadi ini tugas anda untuk sampaikan kepada mereka mengenai perubahan tamadun dan teknologi tersebut. Tetapi ingat sehebat mana teknologi itu, sesampainya hari kiamat, takkan ada satu pun teknologi boleh digunakan. Tiada lagi sebutan teknologi pada waktu itu maka kembalilah manusia untuk menunggang kuda, memanah dan berenang!
Ni nanopartikel yang aku buat. gold silica core shell structure. Bersepah saiz2 dier. |
No comments:
Post a Comment