Kebanyakkan gajet di zaman millenium ini menggunakan warna cat putih sebagai warna pilihan bagi si pemakai. Warna putih adalah lambang kesucian, kebersihan, kecerahan, ketulenan tapi kadang-kadang putih ni juga lambang menyerah kalah. Ha Ha Ha. Contoh cat putih yang nyata adalah lambang warna bagi gajet Apple seperti MacBook, iPod, dan iPhone. Semuanya putih. Persoalannya bagaimanakah warna putih tersebut dihasilkan? Pernahkah anda terfikir?
|
Gadjet keluaran Apple yang sering bewarna putih. |
Ya. Untuk menghasilkan warna putih, cikgu ajar campur warna merah, hijau dan biru. Ya betul! Tahniah! Tapi itu adalah warna cahaya ya. Apabila warna cahaya dalam erti kata lain gelombang cahaya berbeza (merah, hijau, biru) disatukan maka terhasillah cahaya nampak iaitu cahaya putih. Tetapi untuk menghasilkan bahan fizikal berwarna putih tidak semudah mencampurkan bahan warna-warna tersebut untuk menghasilkannya. Katakan cat warna air, kita campurkan biru dan kuning maka akan menghasilkan hijau tetapi untuk menghasilkan warna putih, adakah boleh dicampur begitu? Sudah tentu gagal peperiksaan pendidikan seni tingkatan 2!
|
Kemasan bewarna putih. Cat Berwarna Putih? |
Sebenarnya, warna cat putih adalah warna asas yang dihasilkan oleh sejenis bahan kimia seperti Silica (SiO2), Titanium Dioksida (TiO2) dan Zirconia Dioksida (ZrO2). Bahan-bahan ini pada awalnya berwarna gelap tetapi selepas menjalani proses penyebaran pemantulan ia akan menjadi serbuk pigmen berwarna putih. Serbuk pigmen putih inilah yang akan diadun menjadi cat berwarna putih bagi menghasilkan perabot yang berwarna putih. Ini adalah dari sebatian kimia. Namun, bagi bahan organik, warna putih dihasilkan daripada tepung dan putih telur. (Amat sukar untuk membincangkan warna putih dari bahan organik sebenarnya).
|
Ini bukan tepung. Tetapi pigmen bahan yg menghasilkan warna putih. |
Walaubagaimanapun, percaya atau tidak, putih, kelabu dan hitam adalah warna yang sama. Ia mempunyai sifat yang sama dalam pantulan dan pancaran gelombang cahaya. Dan yang mengawal warna itu sebenarnya adalah mata kita yang dikurniakan oleh Allah SWT. Buktinya, satu warna yang putih bersih, tetapi mata manusia boleh membuatkan mereka nampak yang warna itu kepada putih kekuningan dan putih kebiruan. Ia adalah bagaimana mata manusia bertindak untuk menentukan jenis gelombang cahaya yang dipantulkan oleh bahan berwarna tersebut.
p/s: org barat dan jepun pki baju pengantin putih sbb menunjukkan kesucian (masih dara) seorg pengantin wanita. Tp kat Malaysia macam-macam warna ade.... lambang telah diwarnai?? hehehe... yg merah pekat tu... pergh!~ artis ngan raja pon xcam tu.. :P
No comments:
Post a Comment