Haa sudah sampai masanya untuk kongsikan apa yang aku buat. Projek yang aku sedang usahakan ini bertajuk 'Development of Radioactive Gold Nanoparticles Tracer for Investigating Multiphase System in Process Industries' yang di ilhamkan oleh pengurus PAT, Dr. Jaafar Adbullah. Faham? Kalau nak di ikutkan pada tajuk sahaja dah menjelaskan keseluruhan keterangan projek yang aku buat tu. Masih tak faham? Tak apa aku terangkan.
Kami memilih gold atau emas atau Aurumn (Au) untuk dijadikan radioaktif Au-198 yang berupaya mengeluarkan sinar gamma pada tenaga pengionan 412keV dan jangka separuh hayat yang pendek iaitu 2.7 hari sahaja. Penyurih pula merupakan bahan yang dikesan untuk mengetahui sesuatu pergerakan didalam sistem. Susah nak faham? Ok. Katakan kita nak tahu kelajuan air sungai, tak ada cara nak ukur kelajuan air sungai. Kita tuang atau masukkan nila sebagai penanda agar dia menjadi sebatian yang baik dengan air sungai kemudian kita ambil selang masa antara lokasi awal dan lokasi akhir nila itu dikesan. Maka kita akan dapat maklumat halaju iaitu jarak bahagi masa. Nila itulah merupakan penyurih dalam hal ini.
Antara kajian radiotracer yang dijalan di FPG Oleochemicals, Kuantan. |
Tetapi kami tidak buat di sungai kerana kita menggunakan penyurih ini kepada industri pemprosesan seperti petrochemical, industri kimia, gas, minyak, industri loji tenaga nuklear dan lain-lain lagi. Di dalam industri, terdapat tiga jenis fasa iaitu pepejal, cecair dan gas. Pada masa yang sama industri-industri ini berhadapan dengan tekanan dan suhu yang tinggi. Jika itu berlaku, penyurih yang sedia ada (majoriti daripada bentuk cecair) akan mudah menjadi wap(gas) kerana melebihi takat didihnya. Ini bahaya apabila bahan radioaktif menjadi gas, ia akan senang tersebar keudara dan masuk kedalam sistem badan manusia.
Sebab itulah inovasi dibuat untuk menggunakan Gold sebagai punca radioaktif kerana ia berbentuk pepejal yang mempunyai takat didih yang tinggi berbanding cecair. Kenapa nanopartikel gold? Nanopartikel adalah skala bagi satu partikel emas yang bersamaan 0.000000001m. Seperti yang saya katakan, ada 3 jenis fasa, jadi apabila saiz partikel gold lebih kecil, maka senanglah untuk ia bersebati dengan bahan proses didalam industri tersebut. Kita mahu penyurih bercampur dengan sebati didalam sistem agar bacaan yang kita peroleh mudah dipercayai. Manakala jika di dalam saiz nanometer, jumlah emas yang kita perlukan hanyalah sedikit berbanding biasa.
Penyurih radioaktif ini dikesan menggunakan pengesan atau detector di dalam industri. Hanya dengan meletakkan detector, kita dapat bilangan bacaan sinaran yang dipancarkan lalu direkodkan. Kelebihan menggunakan penyurih radioaktif ialah dapat mengelakkan operasi loji dihentikan semasa ia sedang beroperasi kerana penggunaan penyurih tidak akan mengganggu proses di industri yang boleh mengakibatkan kerugian kepada loji tersebut walau hanya berhenti selama 1 jam. Sinar gamma yang kuat juga boleh menembusi paip yang tebal di industri dan memudahkan pengesanan.
No comments:
Post a Comment