Ada satu soalan kuiz untuk korang. Ini berkaitan dengan gempa bumi, jadi mungkin untuk readers di Malaysia tak terkesan dengan maklumat ini. Cumanya soalannya menarik, jadi try la jawab.
Soklan: Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di bandar Jepun (dia tersesat sampai ke Jepun). Tetiba gempa bumi besar terjadi, dan Sang Kancil terpaksa menyelamatkan diri sebelum ditimpa batu bata atau serpihan kaca dari bangunan. Di depan Sang Kancil hanya ada 3 bangunan terdekat:
1) Convenience store 77 (rival 7 eleven).
2) Stesen polis.
3) Stesen minyak.
Dalam ketiga-tiga bangunan ini ke manakah patut Sang Kancil lari menyelamatkan diri?
Walaupun story cam bentuk teka teki lawak basi, tetapi info ini berguna sekiranya berlaku gempa bumi, jadi cuba korang jawab!
Jawapannya adalah no.3. Ha, biar betul!?
Ya betul, sumpah tak tipu. Persoalannya, kenapa?
Kepada kebanyakan korang yang jawab no.1 atau no.2, cuba bayangkan balik carakorang fikir.
“Ish, tak-kan-lah stesen minyak, nanti tak pasal-pasal meletup!”
Cara korang fikir tak salah. Rasanya SEMUA fikir camtu. Tapi, bila aku cakap semua, aku maksudkan termasuk orang yang reka stesen minyak tersebut!
Bila bercakap soal stesen minyak meletup, kita bercakap soal keselamatan. Dan pereka stesen minyak lebih-lebih lagi faham yang diorang kena reka struktur bangunan yang boleh menampung minyak, tetapi bila gempa bumi berlaku, boleh bertahan tak meletup!
Maka terciptalah stesen-stesen minyak versi Jepun yang tahan lasak dan tahan gempa bumi. Bentuk stesen minyaknya takde la pelik, cam bentuk UFO ke hape, sama je bentuk dengan yang Malaysia punya, cuma strukturnya lebih tahan lasak, supaya tak mudah meletup. Dan memang kerajaan Jepun sendiri pun memastikan pengawasan yang ketat bab pembinaan bangunan seperti stesen minyak ini.
Nak cerita punyalah tahan lasaknya stesen minyak Jepun nih, pernah satu ketika, apabila berlaku gempa bumi besar di Tokyo yang meragut beribu nyawa, ada satu stesen minyak di situ yang HANGUS terbakar, tapi tak juga meletup!
Okeh, kenapa aku bawak cerita gempa bumi ini ialah sebab, ia juga berkaitan dengan tajuk loji nuklear kita. Tentang keselamatan di loji nuklear. Sebab ini bidang aku, jadi aku rasa aku perlu story sikit la kat korang tentang loji nuklear.
Mungkin semua sedia maklum, bila berbicara tentang loji nuklear dan kemungkinan Malaysia dengan usaha dari Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), korang mesti terfikir “Ish, selamat ke?”
Dulu aku suka juga fikir camtu, tapi bila mendalami bab ini, baru aku sedar, bukan kata tak berapa releven soalan tu, malah sebenarnya jika ditanya kepada orang MINT soklan tu, aku rasa ‘kurang sopan’.
Untuk kami di sini yang mengambil jurusan ini, bila ingin berbicara tentang keselamatan loji nuklear, bukan habis sekadar satu lecture, malah perlukan satu semester nak bincang tentang keselamatan loji nuklear! Dan bukan satu saja kelas, malah ada juga kelas ‘advance’ dalam mempelajari sistem keselamatan loji nuklear!
Safety management, maintainance policy, strict safety requirements dan lain-lain.
Untuk ambil contoh negara Jepun, bab ini memang teramat strict. Kadang-kadang untuk mendapat satu kelulusan berkenaan loji nuklear memerlukan masa berbulan untuk kerajaan sini berikan, bukannya boleh semberono saja orang di loji nuklear buat suka hati.
Bukan itu saja, akan ada masa tertentu di mana semua kerja-kerja loji akan dihentikan semata-mata untuk memeriksa kebocoran, keadaan struktur bangunan dan lain-lain. Dan memandangkan Jepun negara gempa bumi, maka lebih ketat dan keraplah pemeriksaan dibuat, ditambah dengan sistem yang memberhentikan kerja-kerja loji secara automik ketika gempa bumi berlaku.
Bab keselamatan loji nuklear, terutamanya di Jepun ini tak boleh disangkal lagi. Malah seorang pensyarah di sini dengan konfidennya menyebutkan,
“Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”
Jadi atas sebab-sebab di atas, mungkin korang boleh faham kenapa bertanyakan samaada loji nuklear selamat ke tak itu suatu soalan yang ‘kurang sopan’. Silap-silap pekerja MINT tu boleh menangis di tanya soalan tu. Macam gi rumah member Islam time raya, pastu tanya “Makanan yang ko buat ni halal ke?”. Toksah tanya, memangitu jadi priority dah!(Entah kena entah idak analogi aku nih)
“Abis tu, kemalangan cam kat Chernobyl dan Three Mile Island tu apa cer? “
You have a point there. Memang benar, itu kemalangan loji nuklear yang meragut banyak nyawa, dan terkesan sampai sekarang. Tapi jom kita kaji.
Eksiden loji nuklear yang boleh dikatakan besar ialah dua di atas tu je. Ada beberapa eksiden loji nuklear yang lain, cam kebocoran dan lain-lain, tetapi tidaklah seteruk mana. Dibanding dengan loji nuklear yang beratus-ratus jumlahnya (tengok list disini. Malaysia ada tu!), kalo hanya ada dua kemalangan besar kira boleh kita kata rekod kemalangan yang amat sikit.
Yang kemalangan itu pun, tak berlaku semudah yang disangka.
Kita ambil contoh kes kemalangan Three Mile Island. Kemalangan yang berlaku sebenarnya bukanlah sekadar kesilapan teknikal ‘bodoh’, tetapi adalah rentetan pelbagai kerosakan yang secara kebetulan pula berlaku secara serentak! Sori ar, kenyataan dia panjang, malas lak aku nak translate. Boleh faham kot kalo taktranslate pun:
There was a relatively routine blockage in what is called the plant’s “polisher” – a kind of giant water filter. The blockage caused moisture to leak into the plant’s air system, inadvertently tripping two valves and shutting down the flow of cold water into the plant’s steam generator. Like all nuclear reactors, Three Mile Island had a backup cooling system for precisely this situation. But on that particular day, for reasons that no one really understands, the valves for the backup system weren’t open. Someone had closed them, and an indicator in the control room showing they were closed was blocked by a repair tag hanging from a switch above it. That left the reactor dependent on another backup system, a special sort of relief valve. But, as luck would have it, the relief valve wasn’t working properly that day either. It stuck open when it was supposed to close, and, to make matters even worse, a gauge in the control room that should have told the operators that the relief valve wasn’t working was itself not working!
Apa yang terjadi hari itu bukan sebab satu kerosakan, tetapi 5 malfunction yang tiada kaitan antara satu sama lain kebetulan berlaku secara serentak! Kalaulah kerosakan-kerosakan tu jadi berasingan, benda tuje. macam kena gigit nyamuk
Cumanya sebaik-baik penjagaan pun, eksiden yang luar biasa camni boleh juga berlaku. Tapi dari situ kita belajar. Kapal terbang pun sama. Takkan dalam beribu-ribu penerbangan setiap tahun, bila ada secubit yang berlaku kemalangan, kita teruschop naik kapal terbang ‘merbahaya’!
“Abis tu, elektrik yang disalurkan ke rumah-rumah nanti, tak merbahaya ke? Bukan elektrik itu pun radioaktif jugak ke?”
Soalan ini aku dapat tahu dari rakan seperjuangan Malaysia yang berada di lab yang sama. Ada pekerja TNB yang bertanyakan soalan ini. (Dia risau tak pasal-pasal dia pulak termandul kot) Terima kasih kerana tak segan bertanya. Aku cuba jawab untukkorang juga faham, sebab dulu pun aku ada juga terfikir masalah ini.
Untuk tak pening-pening, loji nuklear ada dua jenis, satu namanya Pressurized Water Reactor (PWR, atau reaktor air bertekanan) dan Boiling Water Reactor (BWR, atau reaktor air didihan). Dua-dua reaktor/loji nuklear ini ditunjukkan di bawah:
Untuk kedua-dua loji, bahagian bahan radioaktifnya ialah kat control rods. Tapi yang kita nak dari rods ni bukannya gelombang radiasi dia, tapi haba yang terhasil dari bahan radioaktif tu! Jadi bila salurkan air di dalam bahagian oren tu, air akan jadi panas. Tapi sebab tekanan tinggi dalam bahagian oren, jadi suhu air boleh lebih dari 100 celsius dalam keadaan tak mendidih. Dengan air di bahagian oren yang panas tu, dapatlah panaskan aliran air kat bahagian biru tu. Sebab bahagian biru tu tekanan biasa saja, jadi senang menjadi wap. Bila jadi wap, wap tu disalurkan ke turbin yang akan berputar dan hasilkan elektrik.
Jadi, radiasi yang keluar dari rods tu kalo ada pun hanya ‘terperangkap’ dalam bahagian oren tu je. Elektrik yang dihasilkan di loji nuklear tak guna radiasi untuk hasilkan elektrik, tapi guna wap air, hasil dari haba yang terkeluar dari rods tu!
Boleh follow apa aku cakap ni tak? (Tak faham jangan segan bertanya ye)
Loji BWR lagi senang proses dia. Rods yang keluarkan banyak haba akan memanaskan aliran air sampai menjadi wap (kali ini tekanan biasa, so senang jadi wap). Wap tu disalurkan ke turbin, dan akhirnya menghasilkan elektrik melaluigenerator. Untuk kes ini, ada kemungkinan sikit radiasi sampai ke bahagian turbin, tapi tu pun sikit sangat untuk memberi apa-apa kesan kepada turbin. Dalam kes ini pun, elektrik terhasil bukan sebab radiasi tapi pergerakan turbin!
Kesimpulannya, untuk dua-dua kes, elektrik yang terhasil tiada kesan radiasi!
Senang cerita, kita takut sangat dengan loji nuklear bukan sebab apa, tapi sebab kita tak ambil inisiatif untuk kenali cara ianya berfungsi. Tak kenal maka tak cinta!
Oh ya, lagi satu point. Aku pernah saksi sendiri air yang digunakan di loji nuklear. Sebab yang diorang guna adalah air suling, airnya jernih lagi biru! Kalah air paip rumah aku!
* * *
p/s: heyy manusia kenapa ko tak paham2... asal nuklear je bom asal nuklear je bom... hehe.. nuklear bukan bom... hey radioactive pon orang boley teguk dan minum la... I-131 yang diguna kat hospital tu... X-ray yang ko buat tu pon nuklear jugak... Tak penahkan korang diX-ray sampai berbunyi BOOOMMMM!!!! belum ade kes ok... So, banyak info kat inter net ni kita boleh surf okeh untuk maklumat tentang nuklear... pls be RAJIN sket!
I LOVE NUCLEAR!!!