Kolam Baru
- Cuba perhatikan kebocoran air.
- Jika ada kebocoran, buang air dan sapukan sejenis Epoxy Flexi Coat untuk kebocoran yang kecil.
- Cuci kolam dengan penuhkan untuk dibilas dan dimasukkan air baru.
- Jika air paip digunakan, pastikan masukkan ubat AntiChlorine seperti Nutrafin AquaPlus atau Tension Gon mengikut arahan pada botol.
- Masukkan Garam Akuarium untuk mengelakkan pembiakan dan serangan bakteria. Bakteria boleh menyerang ikan koi dan menyebabkan kematian.
- Garam yang digunakan sebanyak 3 kg untuk 1 Gallon air / 4 liter air
- Masukkan sedikit Ubat Hijau S1 untuk mengelakkan penyebaran penyakit dan memberi lapisan perlindungan pada sisik ikan koi.
- Masukkan Bakteria baik seperti Biozyme Formula 100 untuk membiak bakteria didalam filter.
- Jangan pasang lampu UV dahulu untuk pastikan bakteria baik dapat masa untuk menjadi matang dan tinggal di dalam filter media seperti Bio Ring, Bacteria House, dan Japanese Mat.
- Bakteria baik yang matang dapat menghalang pertumbuhan Algae yang menyebabkan air keruh hijau. Ia juga boleh meleraikan najis ikan koi yang mempunyai kandungan ammonia dan nitrat yang tinggi.
- Kandungan Nitrat tinggi yang datang dari najis ikan koi dan air hujan sangat bahaya kepada ikan koi. Bakteria baik akan meleraikan kandungan tersebut menjadi gas dan dilepaskan ke udara.
- Gelembung udara/aerator/bubble perlu dipasang untuk memastikan tahap kandungan Oksigen dalam air tidak berkurang. Ikan koi jepun sangat bergantung kepada oksigen dalam air untuk pencernaan makanan. Jika oksigen kurang, ikan akan sukar untuk menghadam makanan dan akan mati.
Masuk Ikan Baru
- Ikan baru hendaklah dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
- Rendam ikan berisi air didalam plastik dari kedai ke dalam kolam selama 10 – 15 minit. Ini bertujuan untuk mengurangkan stress terhadap ikan semasa dalam perjalanan yang jauh dengan membuatkan suhu air dalam plastik dan air kolam adalah sama.
- Masukkan air kolam kedalam plastik tanpa membuang air didalam plastik dan dibiarkan selama 10 minit sebelum ikan dilepaskan kedalam kolam. Ini bertujuan untuk membuatkan pH kepekatan air kolam dicampur dengan pH kepekatan air dalam plastik menjadi sekata dan boleh diterima ikan. Perubahan mendadak pH air boleh menjadikan ikan terkejut dan mati.
- Sebaiknya, setiap kali memasukkan ikan baru, tambah garam dan ubat hijau S1 kedalam kolam sebanyak 1 – 2 kg untuk mengelakkan ikan terkena jangkitan penyakit.
Cara Basuh Filter Media
- Filter yang baik dan menjamin kualiti air kolam yang baik. Jaga kualiti air ikan koi tidak akan ada masalah.
- Filter paling mudah adalah Brush, Japanese Mat, Bio-Ring dan Bacteria House.
- Tujuan pengunaan filter media adalah seperti berikut:
- Brush - Untuk menyekat kotoran yang kasar.
- Japanese Mat - Keras, senang dibasuh dan tahan lama. Untuk menyekat kotoran sederhana dan biak bakteria baik.
- Bio-Ring - Mempunyai luas permukaan yang tinggi untuk memberi ruang kepada bakteria baik untuk tinggal dan memakan sisa buangan ikan koi.
- Bacteria-House - Khas untuk membiak bakteria didalam kolam untuk mengelakkan penyebaran parasite dan kuman yang bahaya kepada ikan koi.
- Cara yang betul untuk membasuh filter media adalah dengan menggunakan air kolam itu sendiri. Menggunakan air paip boleh membunuh bakteria baik.
- Sebulan sekali boleh cuci kesemua filter media.
- Seminggu sekali cukup sekadar mencuci brush dan Japanese mat bergantung sebanyak mana kotoran yang dihasilkan ikan.
- Kawal kotoran dengan mengawal pemberian makanan kepada ikan.
- Jangan berikan ikan makan yang tidak dihabiskan. Sebaiknya beri ikan makan sebanyak mana ikan-ikan koi tersebut boleh habiskan dalam 5-10 minit sahaja.
- Jika sudah lebih daripada 10 minit keluarkan makanan yang tidak dihabiskan atau ia akan menjadikan air kotor dan tidak sihat kepada ikan.
Tip Penjagaan Ikan Koi
- Harus tukar air sebanyak 10-20% setiap minggu bagi mengelakkan kandungan nitrat menjadi tinggi dan bahaya kepada ikan koi.
- Air hujan mengandungi asid yang boleh menyebab pH spike kepada air kolam, ini juga tidak bagus kepada ikan yang sensetif seperti koi. Tukar air secara berkala adalah kaedah yang baik.
- Pastikan air sentiasa cukup untuk ikan dan jangan sampai terlalu sempit. Ikan memerlukan ruang untuk terus membesar dan gemuk.
- Untuk ikan cepat besar berikan makanan sedikit tetapi kerap seperti 3-4 kali sehari.
- Untuk ikan mendapat warna yang cantik berikan makanan high color dari kedai.
- Jika ikan didapati sakit, seperti berenang tidak betul, ikan gelisah, mempunyai selaput putih dipermukaan badan, kecacatan, atau jangkitan parasite, maka cepat-cepatlah tukar air 40-50% dan masukkan garam 0.6% air, masukkan ubat hijau S1 dan anticlorine mengikut sukatan yang diberikan.
- Perhatikan ikan sakit dan jika sudah pulih jangan tinggalkan sahaja dan teruskan rawatan dengan mengurangkan dos ubatan sedikit demi sedikit setiap hari sehingga ikan benar-benar pulih.
- Sangat penting masukkan ubat antichlorine, garam, ubat S1 TERLEBIH DAHULU sebelum memasukkan air paip.
- Gunakan air yang telah ditapis atau yang telah disimpan untuk dimasukkan kedalam kolam.