Tuesday, October 11, 2011

Ahli Baru Koi Kolam Kluang

Semasa membeli ikan Arowana Chili Red di Kinn Fatt Aquarium, Kepong, aku ternampak ikan koi yang tersangat cantik, warna sangat terang dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Aku terus beli dan pilih yang terang-terang kerana di Kluang harganya 3 kali ganda bagi kualiti yang lebih rendah. Ikan ini memang cantik. Aku hadiahkan ikan ini kepada adik bongsu aku agar dia dapat jaga ikan ini sehingga besar dan aku bari dia peluang untuk jual ikan ini pada harga lebih tinggi mengikut kreativiti dan kebolehan bisnes dia sendiri. Terpulanglah pada beliau nak jual atau simpan.
Disamping itu aku mengajar dan memberi tutorial kepada adik aku tu cara-cara mengendalikan ikan dan kaedah penjagaan kolam serta cara memasukkan ikan kedalam kolam. Untuk pengetahuan, aku memang sangat sukakan ikan koi. Rasanya sudah hampir RM3000 dihabiskan hanya untuk ikan koi ini. Yang dulu beli RM1000 pon hanya ketentuan Ilahi bahawa ikan tu sudah sampai masanya. Ikan ini senang dijaga dan cantik. Ikan koi juga merupakan ikan perhiasan kedua termahal selepas Arowana.
Maka, bertambahlah bilangan ahli mesyuarat kolam dalam kolam ikan di Kluang, Johor. Memang smart ikan-ikan itu berenang kesana-sini. Hampir 40 ekor ikan koi terdapat dalam kolam tersebut. Seekor daripadanya baki yang hidup iaitu berwarna hitam sepanjang 2.5 kaki. Sangat besar. Tapi sayangnya rakan-rakannya terkorban akibat diserang penyakit. Hanya dia yang tinggal.
Sangat terangkan warna dia??! walaupon tak kena Sinar UV
p/s: aku ni element air... ptt la suke ikan.. jg 40 ikan lagi senang dari menjaga seorg wanita! pelikkan kan aku... byk2 mmbr aku sorg je yg DIFFERENT... bestnya jd org yg different ni... :)

Perjalanan Ke Bukit Merah Mencari Arowana

Pada 8.10.11 aku bersama dua adik aku Haziq dan Faiz telah ke Bukit Merah, Perak. Sebenarnya adalah untuk meraikan hari lepasnya Viva Voce pada kelmarinnya. Namun, disebalik tujuan itu adalah untuk mencari ikan arowana yang dikatakan diternak di kawasan Tebok Panchur di Bukit Merah.
Pintu masuk Pulau Orang Utan. Da macam masuk Jurassic park.
Tasik Bukit Merah. Menaiki feri ke pulau Orang Utan
  Perjalanan bermula pada jam 6 pagi dari Putrajaya terus ke Bukit Merah Laketown Resort selama 3 jam. Sampai sahaja di BMLR itu kami terus membeli tiket EcoPark yang memberi tiket untuk memasuki Pulau Orang Hutan, Skycycle, LiftChair dan Ecopark dalam satu pakej berharga RM39 seorang. Kami melihat pelbagai jenis haiwan dan keindahan alam di Tasik Bukit Merah. Bermula dari melihat Orang Utan, dan melawat EcoPark atau mini Zoo berserta pertunjukan haiwan pada jam 1230 tgh hari. 
Pertunjukkan haiwan or Animal Show guna burung kakak tua
Chairlift boley ushar-ushar orang yang sedang mandi dibawah
Selepas puas di BMLR kami mempunyai banyak masa lalu pergi mencari tempat makan di Tebok Panchor dan terus mencari ikan arowana di kawasan tersebut. Bukit Merah memang dikenali dengan pengeluaran kedua terbesar negara dalam mengeluarkan benih-benih ikan arowana di Malaysia selepas Johor. Namun, apa yang aku kesali di sana hanyalah ladang pembenihan semata-mata dan ikan yang baru menetas hanya untuk dieksport. Maka tidak banyak showroom untuk menjual ikan tersebut kepada orang tempatan. Yang ada hanyalah Arowana Village yang begitu mahal harga ikannya. Lantas dengan rasa kecewa aku tinggalkan Bukit Merah.
Baby orang utan dalam ICU kerana ibunya mati semasa melahirkannya
Bapak orang utan. Beso cam bigfoot.
Selepas kecewa dengan keadaan di Bukit Merah, kami pulang melalui Taiping dengan harapan dapat melawat Night Safari di Zoo Taiping. Tetapi petang itu hujan sudah tentu pokok-pokok di zoo basah dan haiwan semua bersembunyi. Lantas, kami terus ke Ipoh untuk mencari hotel dan terlintas untuk bermandi-manda di Lost World of Tambun. Kami jumpa hotel di Ipoh iaitu Tambun Inn dengan kadar sewa Rm98 1 Queen +1 Single bed. Besar biliknya! Selepas tukar pakaian kami terus ke Lost World of Tambun dan hanya mengambil pakej Hot Springs berharga RM15 seorang. Jadi kami mandilah air panas sehingga lebam dan hampir jam 8 malam dari jam 6 petang.
Nak masuk hotspring Lost World Of Tambun
Balik after magrib setelah sebati dgn air panas... huh!
Selepas bermandi-manda, kami terus pergi mencari tempat makanan seafood dan terus pulang ke hotel untuk tidur yang nyaman setelah ber'hotspring' petang tadi. Malam itu aku sibuk berinternet guna HTC Sensation aku untuk mencari showroom area KL lantas terus tertido. Jam 5 pagi kami bangun dan terus bergerak ke KL pada jam 6 pagi. Selamat tinggal Perak.

p/s: pttnye da femes arowana bukak la showroom kat sane.. baru org tempatan dtg beli.. ini kita dtg jauh2 semua farm tutup.. aku rase sape bukak showroom kat sane instead of bukak farm lagi untung sbb org confirm2 dtg cari ikan...

Monday, April 11, 2011

Bagaimana Warna Cat Putih

Kebanyakkan gajet di zaman millenium ini menggunakan warna cat putih sebagai warna pilihan bagi si pemakai. Warna putih adalah lambang kesucian, kebersihan, kecerahan, ketulenan tapi kadang-kadang putih ni juga lambang menyerah kalah. Ha Ha Ha. Contoh cat putih yang nyata adalah lambang warna bagi gajet Apple seperti MacBook, iPod, dan iPhone. Semuanya putih. Persoalannya bagaimanakah warna putih tersebut dihasilkan? Pernahkah anda terfikir?
Gadjet keluaran Apple yang sering bewarna putih.
Ya. Untuk menghasilkan warna putih, cikgu ajar campur warna merah, hijau dan biru. Ya betul! Tahniah! Tapi itu adalah warna cahaya ya.  Apabila warna cahaya dalam erti kata lain gelombang cahaya berbeza (merah, hijau, biru) disatukan maka terhasillah cahaya nampak iaitu cahaya putih. Tetapi untuk menghasilkan bahan fizikal berwarna putih tidak semudah mencampurkan bahan warna-warna tersebut untuk menghasilkannya. Katakan cat warna air, kita campurkan biru dan kuning maka akan menghasilkan hijau tetapi untuk menghasilkan warna putih, adakah boleh dicampur begitu? Sudah tentu gagal peperiksaan pendidikan seni tingkatan 2!
Kemasan bewarna putih. Cat Berwarna Putih?
Sebenarnya, warna cat putih adalah warna asas yang dihasilkan oleh sejenis bahan kimia seperti Silica (SiO2), Titanium Dioksida (TiO2) dan Zirconia Dioksida (ZrO2). Bahan-bahan ini pada awalnya berwarna gelap tetapi selepas menjalani proses penyebaran pemantulan ia akan menjadi serbuk pigmen berwarna putih. Serbuk pigmen putih inilah yang akan diadun menjadi cat berwarna putih bagi menghasilkan perabot yang berwarna putih. Ini adalah dari sebatian kimia. Namun, bagi bahan organik, warna putih dihasilkan daripada tepung dan putih telur. (Amat sukar untuk membincangkan warna putih dari bahan organik sebenarnya). 
Ini bukan tepung. Tetapi pigmen bahan yg menghasilkan warna putih.
Walaubagaimanapun, percaya atau tidak, putih, kelabu dan hitam adalah warna yang sama. Ia mempunyai sifat yang sama dalam pantulan dan pancaran gelombang cahaya. Dan yang mengawal warna itu sebenarnya adalah mata kita yang dikurniakan oleh Allah SWT. Buktinya, satu warna yang putih bersih, tetapi mata manusia boleh membuatkan mereka nampak yang warna itu kepada putih kekuningan dan putih kebiruan. Ia adalah bagaimana mata manusia bertindak untuk menentukan jenis gelombang cahaya yang dipantulkan oleh bahan berwarna tersebut.

p/s: org barat dan jepun pki baju pengantin putih sbb menunjukkan kesucian (masih dara) seorg pengantin wanita. Tp kat Malaysia macam-macam warna ade.... lambang telah diwarnai?? hehehe... yg merah pekat tu... pergh!~ artis ngan raja pon xcam tu.. :P

Monday, February 14, 2011

Kuasa Tuhan: Kesan Lichtenberg

Kesan Lichtenberg atau dikenali sebagai 'Lichtenberg Effect' yang berbentuk seperti pancaran kilat adalah satu fenomena yang jarang ditemui di Malaysia. Ia juga di kenali sebagai 'Beam Tree' yang di temui oleh Georg Christoph Lichtenberg pada tahun 1777. Ia merupakan satu peristiwa dimana cabang luahan elektrik yang kadang-kadang muncul pada permukaan atau bahagian bahan penebat seperti Acrylic.
Ia dihasilkan dengan menembak elektron kepada bahan tersebut menggunakan alur elektron yang hanya boleh didapati di Nuklear Malaysia pada jumlah voltan elektrik yang tertentu. Kesan ini adalah pemerangkap elektron didalam bahan penebat dan ia hanya akan terhasil jika ada titik lemah (lubang kecil yang dibuat). Ia sebenarnya menunjukkan jalan kemana arah elektron itu akan keluar iaitu di titik lemah yang diberikan. Jika tiada titik lemah fenomena itu tidak akan dapat diperangkap.
Ini merupakan satu contoh fenomena dimana petir dan kilat terhasil di langit. Gerakan yang sama dengan corak elektrik (tetiba teringat Kakashi dalam Naruto) yang dihasilkan oleh mana mana punca elektrik. Ini lah kebesaran Tuhan yang maha Agong dalam mencipta fenomena elektrik di muka bumi ini. Kebiasaannya, kita hanya dapat melihat kilat didalam gambar. Kini, ia diperangkap didalam bahan penebat berketumpatan tinggi.
p/s: tadi aku buat guna PS (polystyrene) malangnye gagal sebab low dens material dan sgt nipis... so upset... however, arini aku da blaja satu ilmu baru dari pakar pemancar elektron di Alurtron, Nuklear Malaysia. Best!
Halo.. Electron Beam pon teknologi nuklear okay... Sinchan...beam, beam, beam, beam, beam...