Thursday, November 11, 2010

Blackbird Kepantasan Paling Mahal

Lockheed SR-71 Blackbird adalah sebuah jet pejuang kepunyaan USA dan antara yang paling mahal dalam sejarah pembuatannya. Sebuah pesawat Blackbird boleh mencecah kelajuan Mach 3+ atau 2,500km/j. Ya! Sangat laju dan boleh terbang sehingga 250,000 kaki. Apabila ia ditembak dengan misil atau torpedo, Blackbird hanya perlu tambah kelajuan bagi mengelak serangan tersebut.
Pesawat Blackbird yang disaluti Platinum
Laju memang bagus dan sangat mengujakan tetapi apabila terlalu laju geseran antara permukaan pesawat dan udara akan menghasilkan haba. Ini terjadi apabila terdapat daya melawan gerakan pada dua permukaan yang bersentuhan iaitu permukaan pesawat dan udara aerodinamik. Daya tersebut akan mengubah tenaga kinetik kepada haba yang sangat tinggi pada badan dan sayap pesawat. 
Sut Khas untuk juruterbang pesawat Blackbird yang dah macam angkasawa.
Masalah tersebut diselesaikan dengan membina Blackbird itu dengan menggunakan logam Platinum yang berharga 15 kali lebih mahal daripada Aluminium. Untuk sebuah pesawat, lebih daripada 10 tan diperlukan bagi menyelaputi keseluruhan rangka pesawat tersebut. Bukan itu sahaja, malah sistem ekzosnya pula diperbuat daripada Titanium. Dapatkah anda bayangkan betapa mahalnya sebuah pesawat ini?

p/s: teringin rasenye nak naik pesawat yg laju ni... dalam hidup aku ni paling laju pon 180km/j je... xbeshnye... saye suke laju2... wish to get a powerful Yamaha R1 by 2020...

Wednesday, November 10, 2010

Rhodium Logam Paling Mahal Di Dunia

Rhodium, adalah sejenis unsur kimia logam yang bersimbol Rh dan bernombor atom 45. Ia boleh didapati daripada logam kedua termahal di dunia iaitu Platinum. Ia mempunyai ciri yang paling sukar ditemui, keras, secara kimianya logam peralihan lengai, dan berwarna putih keperakan.
Inilah rupa Rhodium tersebut.
Ia di temui oleh William Hyde Wollaston pada tahun 1803. Rhodium biasanya digunakan sebagai pemangkin tiga cara penukar catalytic.Selain daripada menjadi pemangkin, aplikasi lain Rhodium adalah untuk kegunaan ornamental dan penyentuh elektrik kerana mempunyai sifat rintangan elektrik yang rendah dan kerintangan hakisan yang tinggi. Rhodium juga boleh digunakan sebagai pengesan (detector) nuklear dengan mengesan pancaran neutron. Dalam pada itu, Rhodium detector boleh digunakan didalam reaktor nuklear untuk mengukur tahap fluks neutron.

Harga premium bagi 1 kilogram Rhodium tulen adalah US$80,000/kg yang bersamaan RM240,000/kg pada tahun 2010 yang dinobatkan logam termahal didunia. Lagi mahal daripada emas yang kini baru mencecah US$32,800/kg.
Rhodium with Black Diamond. Untung dpt suami amik course Material Science ni... :p

p/s: actually i wonder if Malaysia ada tak unsur ni.. manalah tahu hari2 kita lalu atas dia.. and then aku terpikir could i take this as my PhD projects? Wow! boley menyelam... aku akan trus pk pasal unsur ni.. one day aku MESTI come out dgn satu projek r&d... adoi tmbh lg satu cita2...T_T credit to 'how do they do it' at Discovery Channel.

Tuesday, November 09, 2010

Penyurih Radioaktif GoldNanoTracer

Haa sudah sampai masanya untuk kongsikan apa yang aku buat. Projek yang aku sedang usahakan ini bertajuk 'Development of Radioactive Gold Nanoparticles Tracer for Investigating Multiphase System in Process Industries' yang di ilhamkan oleh pengurus PAT, Dr. Jaafar Adbullah. Faham? Kalau nak di ikutkan pada tajuk sahaja dah menjelaskan keseluruhan keterangan projek yang aku buat tu. Masih tak faham? Tak apa aku terangkan.

Kami memilih gold atau emas atau Aurumn (Au) untuk dijadikan radioaktif Au-198 yang berupaya mengeluarkan sinar gamma pada tenaga pengionan 412keV dan jangka separuh hayat yang pendek iaitu 2.7 hari sahaja. Penyurih pula merupakan bahan yang dikesan untuk mengetahui sesuatu pergerakan didalam sistem. Susah nak faham? Ok. Katakan kita nak tahu kelajuan air sungai, tak ada cara nak ukur kelajuan air sungai. Kita tuang atau masukkan nila sebagai penanda agar dia menjadi sebatian yang baik dengan air sungai kemudian kita ambil selang masa antara lokasi awal dan lokasi akhir nila itu dikesan. Maka kita akan dapat maklumat halaju iaitu jarak bahagi masa. Nila itulah merupakan penyurih dalam hal ini.

Antara kajian radiotracer yang dijalan di FPG Oleochemicals, Kuantan.
Tetapi kami tidak buat di sungai kerana kita menggunakan penyurih ini kepada industri pemprosesan seperti petrochemical, industri kimia, gas, minyak, industri loji tenaga nuklear dan lain-lain lagi. Di dalam industri, terdapat tiga jenis fasa iaitu pepejal, cecair dan gas. Pada masa yang sama industri-industri ini berhadapan dengan tekanan dan suhu yang tinggi. Jika itu berlaku, penyurih yang sedia ada (majoriti daripada bentuk cecair) akan mudah menjadi wap(gas) kerana melebihi takat didihnya. Ini bahaya apabila bahan radioaktif menjadi gas, ia akan senang tersebar keudara dan masuk kedalam sistem badan manusia. 

Sebab itulah inovasi dibuat untuk menggunakan Gold sebagai punca radioaktif kerana ia berbentuk pepejal yang mempunyai takat didih yang tinggi berbanding cecair. Kenapa nanopartikel gold? Nanopartikel adalah skala bagi satu partikel emas yang bersamaan 0.000000001m. Seperti yang saya katakan, ada 3 jenis fasa, jadi apabila saiz partikel gold lebih kecil, maka senanglah untuk ia bersebati dengan bahan proses didalam industri tersebut. Kita mahu penyurih bercampur dengan sebati didalam sistem agar bacaan yang kita peroleh mudah dipercayai. Manakala jika di dalam saiz nanometer, jumlah emas yang kita perlukan hanyalah sedikit berbanding biasa.

Penyurih radioaktif ini dikesan menggunakan pengesan atau detector di dalam industri. Hanya dengan meletakkan detector, kita dapat bilangan bacaan sinaran yang dipancarkan lalu direkodkan. Kelebihan menggunakan penyurih radioaktif ialah dapat mengelakkan operasi loji dihentikan semasa ia sedang beroperasi kerana penggunaan penyurih tidak akan mengganggu proses di industri yang boleh mengakibatkan kerugian kepada loji tersebut walau hanya berhenti selama 1 jam. Sinar gamma yang kuat juga boleh menembusi paip yang tebal di industri dan memudahkan pengesanan.