Tuesday, March 29, 2011

Kelebihan Menduduki Kuarters Kerajaan

Ini mesti topik panas. Ramai kawan akan kata, "belilah rumah, duit tu kerumah kita jugak, harta kita, boleh jual balik, dapat hasil balik". Dan ada yang kata "baik ko sewa kat luar, harga murah, leh kongsi-kongsi". Tahukah anda kuarters dibina untuk memudahkan penjawat awam untuk mendapat tempat kediaman yang selesa dan dijaga rapi? 
Aku rase kecik je kipas tu.. alahai sampai 2 kipas satu hall??
Dari segi penjimatan kos, ya, kuarters sangat menjimatkan, sudah tentu ia dekat dengan tempat kerja. Penjimatan kos bahan api untuk ketempat kerja. Betul tak? Beli rumah sendiri mesti jauh dari tempat kerja sebab nak rumah murah katanya. Ha Ha Ha. Aku orang pertama gelakkan. Pandai sungguh merancang ya! Di kuarters kerajaan, kos pembentungan, cukai pintu, kos pembaikpulihan, semuanya dikecualikan dan lebih murah. Bagaimana dengan rumah sendiri? Ha Ha Ha. Hari tu tombol pintu rumah aku rosak, sesen pon aku tak keluarkan. Hanya telefon isi borang, tahu tahu dah dapat baru. Bilik mandi jangan cakap la US Standard ok! Ada kabinet dapur. Huih! Rumah sendiri ikat perut beb nak beli kabinet dapur! Api takde, Air takde, telefon!! Bukan sorang, tapi ramai-ramai telefon. Maka cepatlah sikit tindakan diambil. Betul tak?
Siap almari bagai... tinggal duduk tido jela yer... huhhuhu..
Kelebihan lain mendiami kuarters ialah keselamatan amat dititikberatkan. Jiran-jiran sudah tentu kerja kerajaan kalau ditangkap mahu blacklist selamanya. Jadi beranikah membuat onar di kuarters sendiri? Sarang maksiat lain lah. Memang banyak tertangkap. Itu sebab kuarters ni aman damai tenteram dan selesa, jadi buat maksiat pon best lah kan! Padan muka tertangkap. Kemudahan dijaga rapi oleh pihak Perbadanan. Maka kalau ada apa-apa kerosakan hanya telefon buat aduan seminggu selesai. ISO bai! Selain ruang yang lebih luas 1000sqr/ft berbanding rumah beli sendiri ala-ala nak murah, sistem elektrikal (TV dan Astro) hanya perlu cucuk wayar sahaja. Itu belum lagi jalur lebar percuma yang diberikan kerajaan. Kelengkapan sedia ada seperti surau, taman permainan, bawah rumah ade taska dan tadika! Wallaweh. Nak shopping Alamanda, nak romantik2 pegi Taman Warisan Pertanian. Serba serbi lengkap.
US Standard punya bathroom... Air pancur yang sangat deras!
Ok! Kenapa bagi aku ia sangat menjimatkan. Pertama, ya harga rumah yang dibeli akan naik akan untung, tapi bagaimana kos tersembunyi seperti cukai pintu, yuran pembentungan, tanggungan kerosakan, penyewa bermasalah, kos bahan api ke tempat kerja? Kos-kos itu dapat dijimatkan dan dibuat PELABURAN jika anda tinggal di kuarters. Kedua, masa yang diperuntukan untuk menjaga rumah yang dibeli seperti menghiasi rumah, memotong rumput panjang, membaiki perkakasan rosak? Di kuarters ia diselenggara oleh pihak tertentu dan menjimatkan kos. Anda hanya perlu goyang kaki dan masa yang ada lebih baik anda gunakan untuk menyambung pelajaran peringkat Master, fikir pelaburan jangka panjang, berniaga. Ketiga, keyakinan keselamatan yang dijamin oleh pihak berkuasa selain sikap bantu-membantu sesama penjawat awam yang telah bersumpah setia kepada kerajaan.
Rumah mane ade kabinet dapur free camni? Best Y'all!!
Akhir sekali, ada duit lebih anda buat pelaburan, jika untung besar, beli rumah TUNAI yang dekat dengan tempat kerja walaupun mahal. Yerlah duit yg kawan-kawan kita buat beli rumah bulan-bulan kita buat pelaburan sebenarnya buat pelaburan lebih untung. Jimat banyak kos. Ini dah la beli rumah jauh, kos bahan api lagi. Duduk kuarters, elaun dah tolak siap-siap. Jadi sampai satu masa gaji aku yang kecil ni naik, aku dah tak rasa yang aku ni bayar rumah. Eh? aku bayar rumah ke? Bil api air pon negatif je. Maknanya sampai satu tahap aku tak rasa langsung yang aku ni bayar rumah sebab murah bebenor. Yang belum kawen tu, duduk je kuarters dulu baru beli rumah. Ingat melabur dahulu baru beli rumah. Memang beli rumah akan untung sebab harga rumah akan naik tetapi kos-kos tersembunyi anda akan tanggung juga. So total up, anda rugi!
Dapur pon bley jadi stor tau... Banyak port penyimpanan!
p/s: pelaburan betmbh dah.. aku aim nak bli cash kat Villa 6 BBB setengah juta... tgu pokok kormersil aku tu berhasil ler! $_$ tapi duk kuarters pon best ape.. aku sapu mop lantai sorg pon xlarat... besar weh! Luar je kuarters dalam cam banglo... mewah! Sape duk rumah mak tu senyap2 je k... ee tak privacy lgsg! :p

31 comments:

  1. ini presint bape punye ni... jom p beli umah..
    hahahhha

    ReplyDelete
  2. presint 15.. ade keperluan, beli la rumah... gaji besar, beli la rumah... xpe... tp biasenye org yg duduk rumah2 besar skarang ni cthnya banglo bermula dari menyewa rumah... :)

    ReplyDelete
  3. adakah fasa 12B blok A3 pun sama mcm ni weh dalam dia...?

    ReplyDelete
  4. 15-12A dan 15-12B tak sama... kelas lain-lain... 12A kelas F manakala 12B kelas G kalau xsilap.. 12B kecil sedikit.. tp perabot tetap ada.. :)

    ReplyDelete
  5. hai bro kalau tak beli rumah sekarang nanti dah tua diam rumah orang-orang tualah jawabnya....kalau tidak pun 'dimana ada keselesaan disitu rumah saya".

    ReplyDelete
  6. Terima kasih diatas komen anda.. Ikut keperluan masing-masing jugak bro.. saya tak hidup selesa jika berhutang.. 2 tahun lagi jika saya mahu saya boleh beli rumah cash walau keje gomen.. (Flat je la).. Lgpon sy masih bujang.. seperti sy kata.. baik melabur dahulu.. melabur rumah yg kita tinggal sgt tidak berbaloi pd saya... melainkan kita sewakan..

    20thn sy dibesarkan dikuarters ayah... sekarang keluarga kami mmpunyai banglo terbesar di Jalan Oked Kluang Johor.. saya mahu ikut jejaknya..

    Harga rumah mungkin jatuh pd masa hadapan... dsbbkn harga tinggi skarang dan byk rumah tidak diduduki.. -Sumber pemain saham- Rugi nnt..

    Besusah-susah dahulu senang2lah kemudian... kecuali jika dikurniakan kesenangan berpanjangan oleh-NYA...

    ReplyDelete
  7. kalu tak mampu nak beli rumah mengaku ajelah...orang jakun aje sanggup dok kuarters ni...terutama di Putrajaya

    ReplyDelete
  8. Yer saya tak mampu beli rumah banglo 2 tingkat! :) dah mengaku... org jakun je yg masuk blog ni atas keyword kos, kuarters & pelaburan... terima kasih yer singgah~ :P

    ni sape punye keyword la ni... "mana untung duduk kuarters atau beli rumah" hahaha...

    ReplyDelete
  9. "Memang beli rumah akan untung sebab harga rumah akan naik tetapi kos-kos tersembunyi anda akan tanggung juga. So total up, anda rugi!"

    "aku aim nak bli cash kat Villa 6 BBB setengah juta"

    tuan kata beli rumah total up akan rugi..tapi tuan kata juga nk bli rumah setengah juta..adakah rumah setengah juta tuan tidak akan ada kos tersembunyi seperti cukai pintu, yuran pembentungan??..saya agak musykil di sini..

    ReplyDelete
  10. thanks komen :)

    duit gaji bulan2 ---> hutang + riba + caj/cukai = separuh/bape2 je la..da la bujang xkawen lagi.. mampuih keras.. umah byr bil byr.. da la gaji kecik tak naik2.. da la rugi lagi merugikan.. xdpt tolong org.. ok la sewakan kat org... sewa spptnya Rm200 ikut syariah tapi bank sudah riba aku, kne cekaw la penyewa Rm500.. meniaga maa... yeke?? xsubahat ke?

    duit gaji bulan2 ---> CASH! = owh byr cukai/caj hal.. ape ade hal... lebih dari 3/4 gaji.. opss silap gaji sudah naik.. berkat kesabaran.. eh bini keje bestnye.. dekatnye tmpt keje.. nk wat ape ek duit gaji lebih ni.. bisnes ade plak tu.. Alhamdulillah bley byr zakat lebey sket dari bagi kat bank... bley tolong orang susah dari susahkan orang... InsyaAllah..

    Kalau tuan musykil lagi boleh comment lagi silakan.. Saya juga ada beberapa persoalan mahu diberikan..

    ReplyDelete
  11. saya faham penjelasan tuan..setiap orang seboleh2nya tidak mahu berhutang..itu sememangnya jelas..dan seboleh2nya tidak mahu bersubahat dgn riba..

    tapi kan sekarang dah ada pinjaman perumahan melalui perbankan islam..adakah tuan tidak mahu menggunakan kaedah pinjaman tersebut utk pembiayaan perumahan?..sekurangnya kita tahu ianya berlandaskan syariah..

    lagi satu, adakah tuan tidak mahu menggunakan pinjaman perumahan utk kakitangan kerajaan..rugilah kalau tuan tak guna..maklumlah, itu adalah satu sbb mengapa org beria2 mahu menjadi penjawat awam..bukan mudah nak dapat keistimewaan itu..

    ini satu lagi kemusykilan..adakah tuan yakin harga rumah setengah juta pada hari ini akan sama pada 10 atau 20 tahun akan datang..?? saya berpendapat, adalah lebih menguntungkan jika tuan beli tanah dan bina sendiri rumah..cuba tuan bandingkan rumah yang dibina sendiri dan rumah yg dibeli drp pemaju pada harga yg sama iaitu setengah juta.. tuan boleh lihat di website ini http://bina-rumah.com/ jika ingin tahu kelebihan membina rumah sendiri.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas komen anda.. Tak semua penjawat awam sama.. pinjaman perumahan untuk bujang seperti saya berbaloikah??

    Yes you get the point... tuan, nak beli tanah guna loan dapat 50% paling tinggi pon 75%... memang itu agenda saya pon.. design rumah pon dah ada.. bahan nak beli pon da boleh listdown.. sangat jimat beli rumah sendiri..

    dari mana nak dapat duit??? nama pon kerja kerajaan... gaji berapa je... sebab tu saya tekankan PELABURAN, PELABURAN, PELABURAN...

    Harga rumah setengah juta tiada masalah... dah sign SBPA as bujang mmg terbaek.. Rumah atas 400k banyak yang tidak terjual, contoh terdekat bandar seri putra, taman seri bangi... tak ramai mampu nak beli rumah mahal2..

    tapi ramai yang ambil jalan mudah "ah kita kombine la duit (suami+isteri) beli jela rumah" tanpa fikir panjang dan sabar... last2 rumah kecik.. bila digasak sikit... ayat biasa kluar.. ala kita ni pinjam harta Allah SWT.. Tumpang je..

    Sedangkan kita digalakkan untuk mencari rezeki dengan hasil usaha sendiri..

    lagi satu bab beria-ia jadi penjawat awam... ini mungkin boleh diberi pekerja intermediate dan senior mungkin la.. tgk performance dorg hurmm!!!!

    tapi kami Generasi Y ni work smart than hard... masuk semua sebab nak PHD.. nak serve country nak tukar kerajaan yang dulu yang tak sesemart sekarang...

    Actually bangga dengan PTD yang come out brilliant idea for SBPA... eh tetiba plak...

    ReplyDelete
  13. WASHINGTON - Harga rumah di Amerika Syarikat (AS) jatuh di kebanyakan bandar raya bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

    Indeks The Standard & Poor's/Case-Siller yang disiarkan kelmarin menunjukkan harga rumah menurun pada Oktober selepas September di 19 daripada 20 buah bandar.

    Harga rumah di kebanyakan bandar menurun bagi tempoh dua bulan berturut-turut.Pengerusi Jawatankuasa Indeks The Standard & Poor's, David M. Blitzer menyatakan, harga jatuh di bandar raya-bandar raya seperti Atlanta, Chicago, Cleveland, Detroit dan Minneapolis mencetuskan kebimbangan kerana sebelum ini harganya amat kukuh.

    Penduduk AS enggan membeli sebuah rumah sejak lebih dua tahun lalu selepas kemelesetan ekonomi berakhir secara rasmi di negara ini.

    Kadar pengangguran tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lemah telah menghalang bakal pembeli.

    Sebahagian penduduk tidak layak untuk mendapatkan pinjaman atau memenuhi kriteria untuk membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

    Ramai penduduk yang memiliki pekerjaan yang stabil enggan membeli rumah kerana bimbang harganya akan jatuh. - Agensi

    ReplyDelete
  14. aku sokong!aku sgt2 bersetuju dgn plan ko..sgt strategik..harga rumah ni sebenarnya xde kawaln..sebhgian besar ditentukan developer..so bila sumday rumah berlambak dan mahal plus harga barg makin naik ekonomi akan makin slow.hutang isi rumah menngkat akn sebbkn wang boleh belanja makin sedikit..akhirnya rumah x laku mcm kat US..besides, bile ekonomi jatuh automatik org2 yg beli rumah dgn harga yg mhl x mampu plak byr hutang bank..pastu bankrap..sekali lg akan mnyebabkn harga rumah jatuh skali lg dgn mendadak..so org2 yg bijak adalh org yg sabar dulu drpd tergedik2 nak bli rumah cepat2

    ReplyDelete
  15. aku sokong!aku sgt2 bersetuju dgn plan ko..sgt strategik..harga rumah ni sebenarnya xde kawaln..sebhgian besar ditentukan developer..so bila sumday rumah berlambak dan mahal plus harga barg makin naik ekonomi akan makin slow.hutang isi rumah menngkat akn sebbkn wang boleh belanja makin sedikit..akhirnya rumah x laku mcm kat US..besides, bile ekonomi jatuh automatik org2 yg beli rumah dgn harga yg mhl x mampu plak byr hutang bank..pastu bankrap..sekali lg akan mnyebabkn harga rumah jatuh skali lg dgn mendadak..so org2 yg bijak adalh org yg sabar dulu drpd tergedik2 nak bli rumah cepat2

    ReplyDelete
  16. saya duduk pekan kecik area taiping...beli rumah 3 tahun lepas rm 128k skang rumah saya tu penilaian letak rm 180k.dalam hati cakap nasib baik aku beli 3 tahun lepas.sy pun kakitangan awam juga dan sudah berkeluarga.bila berfikiran cara org bujang kita takkan sedar byk kehendak dan keperluan yg kita kena sediakan kepada keluarga.dalam realiti kehidupan sy dah jumpa kawan2 pencen tanpa memiliki rumah sendiri.tidak semua org berani menanggung risiko dalam pelaburan.boleh kasi detail apa pelaburan yg bro ceburi ...nak belajar juga.
    sori baru jumpa post ni nak servey2 untuk renovat rumah lain.

    ReplyDelete
  17. saya duduk pekan kecik area taiping...beli rumah 3 tahun lepas rm 128k skang rumah saya tu penilaian letak rm 180k.dalam hati cakap nasib baik aku beli 3 tahun lepas.sy pun kakitangan awam juga dan sudah berkeluarga.bila berfikiran cara org bujang kita takkan sedar byk kehendak dan keperluan yg kita kena sediakan kepada keluarga.dalam realiti kehidupan sy dah jumpa kawan2 pencen tanpa memiliki rumah sendiri.tidak semua org berani menanggung risiko dalam pelaburan.boleh kasi detail apa pelaburan yg bro ceburi ...nak belajar juga.
    sori baru jumpa post ni nak servey2 untuk renovat rumah lain.

    ReplyDelete
  18. Terima Kasih Jihad.. Berkat kesabaran saya, saya dah dapat Master UPM naik gaji RM800++ dari gaji thn 2011 masa saya buat post ini. (maaf hanya utk berkongsi)

    Jika sekarang saya nak beli rumah.. byr rm800 lg boleh tanggung sorang rumah harga RM250K.. kuarters sy rm400.. kalau rase beban pon rase hilang lg rm400 je kalau tak duk kuarters beli rumah.. :) tapi kena bayar muka.. cemane eh..

    Loan ASB RM200k saya dah masuk 3thn.. Pihak bank kata paling busuk pon saya ada RM42k.. Rolling dividen RM14k setahun... So no prob untuk byr duit muka rumah...

    Duit kawen dah ready... tu tak usik.. calon je xde lg.. hehe.. Nak kata saya bujang yang loaded? Berlagak? No.... sy bujang yang bijak, future thinker, malaysian researcher, dan yang paling penting saya SABAR untuk beli rumah...

    Sekarang sedang sambung PhD UPM... dengan harapan naik gaji lagi... :) Habis belajar, bukan setakat rumah, bini pon saya nak beli... hehehe..

    Sabar.. InsyaAllah ada jalannya... Sebenarnya saya takut nak beli rumah kerana senior2 saya yang dioffice yg tipikal beli2 rumah ni, saya tengok da 3 tahun dia tak untung pape pon... tak kaya pon.. tak upgrade rumah besar lagi pon... dah kawen tu... sy bujang kot~

    hehehe...

    Blog ini tujuan untuk berkongsi... :)

    ReplyDelete
  19. best la bace rase semangat plak rasenye..hihi..memang pon sape yg masuk blog nih sbb jakun dgn kuaters..saya main google serch "kuarters" hahah..sbb memang nk cari kuaters kerajaan..samaada rugi atau berbaloi..ternyata ia lebih berbaloi baloi..huhu..tp kena bersabar tunggu untuk dapat giliran memasuki kuaters..hmmm

    ReplyDelete
  20. salam..
    walaupon ini lari dari topic kuarters kerjaan,,saya nk tanya kalo keja gomen ni kta sambung master memg naik gaji eh?sebab saya baru je sambung master dan saya juga baru dapat menjadi penjawat awam. 2 nk tanya ade kenaikan gaji ke sebagai penjawat awam kalo sambung master?

    ReplyDelete
  21. Salam.. Ada.. Anjakan Gaji akan diberi jika Master tu berkaitan dengan bidang tugas.. Kalo tak berkaitan tak dapat. Contoh jawatan pegawai sains tapi buat master in business memang tak dapat la...

    Best lagi sekarang submit je permohanan dan transkrip terus dapat anjakan serta-merta bulan berikutnya. Takde lmbt2..

    Tambahan lagi kalau submit lambat dia akan kira dari tarikh senat diberi... aka dapat backdated payment.. best best best!

    ReplyDelete
  22. klu gred 27 tp sy ade degree,,bley up gaji x TT??hee..

    ReplyDelete
  23. aku nak apply la.macam best je.tp kne sebelum bulan 7 la..lpas bulan 7 gaji da lebih 3k.huhu

    ReplyDelete
  24. 27 ade degree bley je naik.. knape tak boleh? atau cari kerja degree naik la.. :)
    kenapa kena apply mase gaji lebih 3k?? saya dapat dulu pon gaji dah 3k... ehem2 alhamdulillah....

    lepas 2 tahun pos ni.. dan hampir 4 tahun dikuarters dengan berkat keSABARANku.. bisnes2 yang ada pon alahamdulillah membantu.. rasenye sekarang da mampu kot beli rumah rm300k sendiri.. kahwin oi kahwin.. sape nak kawen ngan aku? hehe.. pas kawen kite combine 2 beli villa BBB rm600k nak? hehehe... mude lagi... tgu sket lagi.. skang ni xperlukan rumah pon lagi... rumah tempat tido je kot... (bagi yang bz cam aku la... kerja 8-7, PhD everyday, main basikal, jaga arowana, pegi gym, balik kampung jumpe mak... oi rumah besor2 byr mahal2 watpe??? aku bz watpe nak jaga rumah je!)

    ReplyDelete
  25. Assalam...boleh tanya, nape ms sy isi borang apply kuarters,,keluar dialog box bgtahu yg sy xlayak utk apply... apa syarat utk apply kuarters ye? dah google xjumpa jgk... jumpa blog yg best ni plk.... :))

    ReplyDelete
  26. Assalam.. Tuan, memang benar bermula tahun 2013 permohonan kuarters kerajaan sememangnya agak sukar kerana masih ramai yang memohon dan semakin ramai penjawat awam yang tidak mampu membeli rumah yang berharga tidak munasabah sekarang. Tambahan pula kini, penjawat awam yang tidak bekerja di dalam kawasan Putrajaya (di Luar wilayah Putrajaya etc selangor-bangi, serdang, sepang) sudah tidak layak untuk memohon kuarters di putrajaya. Penjawat awam tersebut haruslah bekerja di Putrajaya.

    Jika ada yang kata menduduki kuarters tersebut tidak bijak dan rugi, persoalan saya, kenapa semua kuarters kerajaan sentiasa PENUH dan dimanfaatkan oleh semua penjawat awam? Sehinggakan pegawai kumpulan professional pun sanggup DOWNGRADE rumah yg mana mereka sepatutnya layak menerima kuarters yang lebih besar dan selesa?

    Ini semua kerana mereka sudah bijak menggunakan kemudahan yang ada dan gunakan duit mereka untuk melabur kepada pelaburan yang tidak menyusahkan orang lain.

    Kenapa saya kata begitu, apa yang saya nampak mengenai pemilikan rumah sendiri, orang kita sendiri yang menindas pembeli yang tidak berkemampuan. Sebagai contoh, mereka mampu beli rumah Rm300k namun akibat sikap tamak dan pentingkan diri sendiri mereka sanggup menjual rumah tersebut pada harga RM400k yang mana tidak mampu dimiliki oleh mereka yang sama layak dengannya. Ini satu penindasan yang nyata...

    Bukan hanya pemimpin yang menindas tapi kita juga menindas kaum kita sendiri... fikir2lah... Kita hendak senang, tapi kita menyusahkan orang lain... Lebih baik kita buat pelaburan yang tidak menyusahkan org lain.. itu lah yang sebaiknya... mari berjasa kepada tanah... tanam tanaman hijau.. :)

    ReplyDelete
  27. boleh ke if penjawat awam bg sewa kpd orng lain.. contohnya bg sewa blik utk dpt untung?

    ReplyDelete
  28. Assalam.. misz Z.. Secara amnya memang menyalahi peraturan menduduki kuarters kerjaan jika menyewakan kuarters atau bahagian didalam kuarters tersebut untuk menjana pendapatan. Jika disabit kesalahan memang boleh dibuang kuarters jika diketahui oleh pihak Unit Naziran BPH...

    Namun, ramai sahaja yang buat.. yang bujang tinggal sorang nanti jin teman katanya.. Allahualam.. hehe.. (manyak untung woo) kasi masuk 3 orang sorang rm130.. kita suk free laa.. hehehehe... saya pon pernah buat juga... ajak kawan sewa.. tapi tu dulu masa belum kantoi dan baru-baru kerja.. sekarang duduk dengan adik.. jadi tak ada la kes sewa menyewa...

    pssst.. depan umah saye msh ade.. wanita2 bujang sewa menyewa rumah depa.. cun.. tapi xdan nak ngorat sbb bz sangat keje dengan KERAJAAN ni!

    jahat la pulak ajar... tp best dapat duk free depa yang bayar.. haha.. tu dulu.. tapi baik jangan buat la... kang kantoi... macam kena buang negeri rasenye... huhu

    ReplyDelete
  29. Salam. Nak tanya..kalau kuarters kelas G dan F tu brp keluasan dia ek? Bukan apa..tgh pk nak isi borang PPA1M ni ha..T.I.A..

    ReplyDelete
  30. Salam.. Keluasan tidak pasti lah.. sebab setiap kuarters berbeza design dia.. saya punya F rasanya dalam dalam lingkungan 1000sqft.. tgk yang G agak kecil sedikit ruang tamunya...

    ReplyDelete
  31. Post ini tahun 2011.. Sekarang tahun 2014, saya sudah ada sebidang tanah banglo di Sungai Merab, beli cash Alhamdulillah.... Masih menetap di kuarters... Manyak jimat woo...

    Ceritanya, pada tahun 2011 kawan2 sibuk beli rumah cakap harga rumah naik...tapi dalam 3 tahun ni dah banyak pembangunan yang dijalankan dan kawasan rumah semakin dekat dengan tempat kerja... Ada juga kawan pada tahun 2014 ni gagal nak jual rumah mereka walau letak harga rendah dari pasaran kerana kuasa membeli rakyat dah menurun... Kenapa? Pada tahun 2013 bank negara dah umumkan had maksimum untuk membuat pinjaman bank... Harga rumah semakin naik... tapi susah nak dapat buyer... semakin ramai tak mampu... jadi semakin ramai menyewa... sewa rumah mahal sewanya pon paling kurang RM800-RM900 satu rumah apartment dikawasan lembah klang... saya masih duduk sewa di aparment RM400 sehingga sekarang 2014... bukan bujang lagi... pendapatan isi rumah berganda dari tahun 2011... masih selesa... masih dijaga rapi.. semakin ramai kawan dan jiran yang dikenali...

    Yang penting adalah penjimatan kos!

    Ini kelebihan pinjaman Allah...

    Jadi, saya bagi idea dan syor kepada yang masih ragu2 sama ada untuk mohon kuarters atau sewa diluar atau membeli rumah terus hidup dengan tiada pelaburan lain selain membeli rumah yang diduduki sendiri.... ops lupa nak bgtau kita bukan cerita pasal beli rumah untuk sewa... ni yang kita nak duduk hari2....

    Sebab duduk kuarters lah saya boleh beli properties lain... tak payah saya habis duit maintain rumah.... because my philosophy, EVERY CENTS COUNT!

    ReplyDelete